Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 11, 2013

MAHKAMAH SAH ISA TAK SAH !

KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Tan Sri Isa Samad supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Felda serta merta sekiranya beliau seorang yang bermaruah.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, tidak ada jalan lagi buat Isa Samad melainkan meletak jawatan dan menyerahkan kembali mandat kepada warga Felda.
"Apa guna mengekalkan jawatan di dalam organisasi tersebut dalam keadaan beliau dibenci oleh kebanyakan rakyat di negara ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, katanya sekali gus memberi mesej kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berfikir panjang dan mengambil pandangan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan terutama yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.
Keputusan ini juga kata beliau, merupakan suatu lagi tamparan hebat kepada kepimpinan Najib Tun Razak yang berkeras mengekalkan Tan Sri Isa Samad.
"Umum mengetahui bahawa Isa Samad tidak layak menganggotai KPF apatah lagi untuk memimpinnya. KPF hanya layak dipimpin oleh peneroka, isteri dan anak peneroka serta kakitangan tetap Felda," tegasnya.
Ternyata, jelas Nasrudin keputusan mahkamah membuktikan gesaan rakyat khususnya warga Felda adalah pada landasan yang betul.
Bagi DPPM, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah suatu kemenangan buat rakyat khususnya terhadap perjuangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memperjuangkan hak warga Felda.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) tersilap apabila mengekalkan keahlian Tan Sri Isa Samad di dalam Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).
Hakim Datuk Zaleha Yusuf, memutuskan KPF perlu memadamkan dan membuang nama Isa Samad dari rekod keahlian KPF dengan kadar serta merta.

No comments: