Komen teman : Kalau ikut kenyataan Tan Sri Nazri Aziz di bawah bermaksud guna perkataan Allah oleh bukan Islam kat WP(Wilayah Persekutuan) boleh(kira halal) tapi guna perkataan Allah di Selangor tak boleh (Haram). Sebelum ni ASB (Amanah Saham) diharamkan di Selangor tapi Halal(dibenarkan) di Wilayah Persekutuan.Adakan sebab surat ini Tan Sri Nazri buat kenyataan songsang ?
Bila bukti surat membenarkan penggunaan perkataan Allah di Sabah/Serawak barulah BN mengelabah dan kenyataan pun berubah.
Kata Nazri Aziz: Bukan Islam di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/19/nation/5497328&sec=nation
Masyarakat bukan Islam di tiga negeri dan Wilayah Persekutuan kini boleh menggunakan kalimah “Allah”, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Minggu lalu, beliau berkata kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak untuk merujuk Tuhan dalam bahasa kebangsaan.
Dengan itu mereka di Pulau Pinang dan Wilayah-wilayah Persekutuan juga boleh menggunakan kalimah “Allah” yang menjadi kontroversi sekarang.
Pendirian itu difahamkan berkaitan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Apa agak-agak komen orang Umno bila pemimpin mereka kata Kalimah Allah boleh guna pula di Semenanjung ,minggu lepas kata hanya di Sabah dan Sarawak?Bila pemimpin Umno kata boleh guna adakah mereka juga peliwat agama seperti yang dituduh kepada pemimpin Pas?Inilah sikap 'double standard' sekejap boleh sekejap tak boleh.
Nampak macam Umno saja yang boleh tentukan perkataan 'Allah' itu boleh guna dan tak boleh guna di kalangan orang bukan Islam tapi kalau pemimpin Pas kata perkataan 'Allah' boleh guna untuk orang bukan Islam mereka dituduh sebagai penjual agama, Pas dah liberal tak ekstrem lagi dalam hal hal agama, pelacur agama tapi kalau libatkan pemimpin Umno buat apa, keputusan apa pun tak pa tak ada tentangan macam lembu kena cucuk hidung mereka tak berani bersuara.Akan adakah orang Umno nak demontrasi kecam Datuk Mohamed Nazri bila Datuk Nazri kata kalimah 'Allah' boleh guna di Semenanjung pulak oleh orang yang beragama Kristian?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Sampai bila2 pun sifat munafik UMNO terserlah. Apa2 yang boleh dijadikan modal undi akan diguna dan dimanipulasi tak kira halal atau haram, seolah2 mereka langsung tidak takut kepada tuan punya alam ini.
KEPADA TUAN ULAMA DATUK HARUN DIN
SEPATUT DIDIK LAH
NIK AZIZ / HAJI HADI / MAT SABU
NAMA NAMA NI YANG PUNCA ISLAM JADI SEHINA HINANYA DI BUMI MALAYSIA NI...
JANGAN BEKAWAN DENGAN D.A.P /P,K.R
SEJAK PAS KAWAN DGN PARTI NI PAS JADI HINA YANG AMAT DASYAT
Post a Comment