Berulang 13 Mei, tak wajar keluar dari mulut SPR
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membayangkan aktiviti membantah dan meraikan kemenangan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh mencetus kembali Tragedi 13 Mei 1969 sebagai tidak bertanggungjawab.
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Dr Mohd Hatta Ramli berkata kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu sangat tidak wajar seolah-olah SPR cuba turut menakut-nakutkan pengundi.
“Bagi saya kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus.
“SPR perlu memastikan pilihanraya kali ini berlangsung dalam keadaan yang lebih telus dan adil, malah kenyataan Abdul Aziz itu seolah-olah mereka mengambarkan bahawa pilihanraya kali ini berlangsung secara tidak adil serta menyebelahi pihak tertentu,” jelas beliau.
Mohd Hatta menegaskan, SPR atau mana-mana pihak tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka bangkit menentang ketidakadilan yang terang-terangan berlaku dalam pilihanraya.
Malah menurut beliau, SPR perlu lebih telus dan bukannya bertindak sebagai sebuah organ parti di dalam Barisan Nasional.
“Banyak isu yang perlu diselesaikan oleh SPR terutamanya dalam pembersihan nama-nama dalam daftar pemilih.
“Perkara ini bukan sahaja berlaku di Sabah tetapi juga turut berlaku di semenanjung seperti mana yang telah didedahkan oleh kita selama ini, bukannya menakut-nakutkan pengundi dengan perkara-perkara seperti 13 Mei," katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bagus kalau jadi 13 Mei orang no 1 kami cari SPR,2 Hakim Hakim Dan kemudian baru kami cari menteri menteri ni.mana tahan 57 tahun kami melarat baik jadi 13 Mei.Kami bukan nak bunuh Cina atau India
spr meramalkan pr akan kalah. mungkin spr dah merancang nak beri bn menang lagi seperti biasa.
tapi jika ALLAH kehendaki bn pasti akan kalah juga, rasanya jika umno kalah umno memang dah rancang nak cetuskan rusuhan.
saya yakin kali nie umno akan gagal. kerana cina india melayu dalam pr sudah matang dan lebih berinformasi berbanding pada 1969 dahulu.
segala tipu helah umno rakyat tak peduli lagi. kami hanya mahu humban umno sahaja dulu dari terus menjadi kerajaan. itu paling utama.
terjumpa satu blog baru pr yg best :http://astanakandis.blogspot.com/
kalau dapat di linkkan sangat di hargai, supaya mudah saya kesana dan kemari.
ada beberapa bulan jer lagi......kena persiapkan diri jika terjadinya satu lagi "13 Mei"......ada lagi ker parang terbang tue ......huhuhu
Post a Comment