Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 11, 2012

PEMERGIAN ABDULLAH MENGEJUTKAN WALAU JASANYA DIBANGGAKAN!


TAIPING: PAS dikejutkan dengan kehilangan seorang pejuang, Abdullah Omar iaitu bekas OCPD Slim River di usia 66 tahun, 8 Disember 2012 yang lalu.

Beliau yang menyertai PAS selepas bersara tahun lalu menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 6.00 pagi iuitu di kediamannya di Kampung Baru, Kamunting, Taiping, Perak.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Kg Expo selepas Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Silverstoon, Kemunting, Taping.

Yang Dipertua PAS Taiping, Ustaz Fakhruddin Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada PAS.

Katanya, beliau sangat aktif dalam PAS di peringkat kawasan dan giat berceramah diseluruh negara selepas pengisytiharannya menyertai PAS tahun lalu
.

Kata Fakhruddin, Abdullah tidak pernah jemu memohon maaf kepada ahli PAS atas perbuatannya ketika beliau dalam pasukan polis termasuk 35 tahun menjawat jawatan polis cawangan khas (SB).

"Perjuangan beliau sangat besar walaupun baru beberapa tahun menyertai PAS dan kesungguhannya harus menjadi ikutan kepada semua ahli PAS," katanya yang ternyata sedih dengan kehilangan rakan seperjuangannya itu.

Pada Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini, beliau telah membahaskan usul PAS Pusat dalam isu pengkhianatan Umno kepada negara dan di kesempatan itu, beliau memohon maaf kepada semua ahli PAS atas segala perbuatannya ketika berkhidmat.

"Dosa apa yang saya tidak buat kepada PAS sepanjang 5 pilihanraya yang lepas, saya tidak mahu sebut disini, biar Allah dan saya sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya dalam dalam perbahasannya yang menyentuh hati semua para perwakilan ketika itu.

Beliau adalah individu yang bertanggunjawab membongkar penipuan Umno menghantar ribuan warga Kemboja dan Myanmar yang berjaya digunakan untuk merampas Terengganu dari PAS pada pilihanraya umum 2004 lalu.
Anda mu

No comments: