KUALA LUMPUR, 28 DIS: Pakatan Rakyat (PR) hari ini memberi jaminan akan memastikan pemimpin kerajaan dan wakil rakyat tidak menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan sekiranya diberi mandat menerajui negara.
Bagi memastikan polisi tersebut dapat dilaksanakan, PR akan mewujudkan satu garis panduan yang melarang ahli keluarga pemimpin kerajaan menerima sebarang projek dari kerajaan.
Pada masa yang sama, wakil rakyat dan keluarga mereka dilarang untuk memohon tanah seperti mana sedang dilakukan Kerajaan PR Selangor dan Pulau Pinang.
Garis panduan itu dibuat bagi mengelak skandal seperti National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil.
Demikian menurut pemimpin PR di dalam ceramah mereka di siri Jelajah Merdeka Rakyat yang diadakan di Sri Desa Enterprenuer Park, Kuchai Lama malam tadi.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata sikap PR lain daripada Umno-BN yang menggunakan wang dari cukai rakyat untuk menyelamatkan perniagaan ahli keluarga dan rakan-rakan korporat mereka.
“Ingat dahulu saya ‘clash’ dengan Tun Dr Mahathir pada 1998, sebab apa? Dia mintak RM2 bilion, anak dia punya syarikat nak bankrap.
“Saya kata saya boleh tolong, tetapi kerajaan punya duit saya tak boleh bagi, terus dia marah, kemudian dia ambil duit Petronas, berapa? RM2 bilion… Mirzan Tun Mahathir,” kata Anwar yang dulu bekas Menteri Kewangan.
Dalam program sama, MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula memberitahu bahawa PR akan bertegas terhadap mana-mana pemimpin mereka yang menyimpan hasrat memberi projek kerajaan kepada saudara terdekat atau rakan korporat.
Nurul Izzah turut menggesa rakyat untuk menyelamatkan negara daripada dirosakkan Umno-BN.
“Di bawah BN sekarang ini kita menghampiri anggaran (laporan) Merill Lynch, dia kata Malaysia akan jadi masyarakat yang muda dan miskin menjelang 2030, jadi berilah peluang kepada PR untuk mengubah,” ujarnya.
Menurut Nurul Izzah, perkara tersebut berlaku kerana peningkatan kos sara hidup yang semakin melonjak yang jauh meninggalkan kadar pendapatan seisi rumah masyarakat umum.
MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menjelaskan bagaimana pentadbiran PR di Selangor dan Pulau Pinang melarang wakil rakyat mereka memohon tanah sejurus sahaja Menteri Besar dan Ketua Menteri mengangkat sumpah.
Ini lain dari sikap pemimpin Umno-BN Selangor yang gigih mempertahankan pendirian bahawa Adun juga mempunyai hak untukmemohon tanah Kerajaan Negeri.
Jesteru itu, masyarakat digesa agar bijak membuat penilaian dan perbandingan antara PR dan Umno-BN tentang siapa yang mementingkan kebajikan rakyat dan siapa yang mementingkan diri sendiri.
Selain itu, Tony Pua juga berkata, PR akan berusaha mengutip hutang tinggalan Umno-BN termasuk dari kroni mereka untuk dikembalikan kepada rakyat.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment