Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, December 21, 2012
INGAT ! DUA BELAS JANUARI JANJI RAKYAT
Mohamad Sabu berkata, perhimpunan dengan 4 warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan.
"Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan.
"Kita akan berhimpun tanpa menyerahkan apa-apa memorandum kerana memorandum lapan tuntutan Bersih sudah diserahkan dalam perhimpunan sebelum ini," katanya.
Warna kuning mewakili Bersih, Merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, Hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Anak Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Antara NGO lain yang akan turut serta dalam perhimpunan ialah Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beberapa NGO lain.
Dalam sidang media sama, wakil-wakil NGO turut menyatakan komitmen menggerakkan seramai mungkin anggota ke himpunan tersebut.
"Mana-mana individu yang tak sertai mana-mana NGO pun mesti hadir bagi menyatakan kemarahan secara aman," kata Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Janji lama pun banyak yang tak ditunaikan, dah nak buat janji baru pulak ??
adoooiiiyai....Sebelum PRU janji bagai nak rak tapi bila dah menang Khalid gagap kata manifesto tu bukannya perjanjian, jadi tak perlu tunaikan!
Puak putar alam !!
assalamualaikum
sindrom janji ini dibawa oleh Bn dan dikuat oleh UMNO didalam suasana kearah memenangi hati rakyat untuk mengekalkan kuasa pemerintahan didalam PRU13.maka terkenallah dengan Janji 1 malaysia.Feeling ini telah dijangkiti kepada Pakatan Rakyat dimana manisfesto2nya terukirlah akan hal ini.Antara lebih 50 tahun bagi pihak BN yang menguasai kerajaan pusat berbanding 4 tahun bagi pihak Pakatan rakyat menguasai 4 negeri akan menjadi medan kajian,pilihan,penelitian dan sokongan kepada rakyat malaysia tua muda lelaki peremmpuan yang layak pengundi pada PRU 13 untuk menentukan pihak mana baik BN dan PR layak untuk menjadi Kerajaan yang sah.Sudah pasti janji yang afdal dan besar ialah yang datang dari pihak kerajaan pusat yakni BN ,menjanjikan pemilihan dan pengundian yang diamanahkan kepada SPR adalah adil dan bersih.Adakah janji ini dapat ditunaikan?.Sedangkan asakan demi asakan
daripada Pakatan Rakyat dengan progam Bersih tidak dilayan oleh Spr.teman tersengih dengar cerita dari seorang yang ada pengaruh dikampong yang berhampiran dengan Papar dikimanis Sabah mengeluh keatas kata2 manis dari Yb BN yang memenangi 4 penggal menjadi Adun dikawasan itu.tak taulah mungkin ada kaitan dengan janji2 yang ditaburkan,wallahualam.Maka fikirlah sendiri.jangan membebel kesana kesini tapi baiknya kita membebel keatas kertas undi yang bakal diberi kepada kita oleh spr dimasa PRU 13 nanti.Bila agaknya le...
Post a Comment