Orang Asli menang hak tanah di mahkamah
19 Dis 2012
TEMERLOH: Penduduk Orang Asli di Kampung Bukit Rok dan Kampung Ibam, Bera memenangi kes ke atas tanah mereka yang cuba diambil kerajaan Pahang, pada 2006 lalu.
Kerajaan Pahang juga diminta dalam tempoh satu tahun untuk menggazetkan tanah seluas 2023.47 hektar itu sebagai tanah rezab Orang Asli.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian di Mahkamah Tinggi Temerloh, pagi tadi.
Kira-kira 80 orang penduduk dan aktivis orang asli turut hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan tersebut, selain menyatakan sokongan.
Penyelaras Pusat Keprihatinan Orang Asli, Dr. Colin Nicholas, ketika dihubungi Hrakahdaily berkata isu tanah itu menjadi pertikaian sejak 2006 apabila lebih 300 penduduk kedua-dua kampung itu diminta keluar.
Beliau berkata, tanah tersebut diambil kerajaan Pahang bagi tujuan pembangunan Felcra Sdn. Bhd., bagaimanapun penduduk kampung yang terlibat bertindak menentang dan memohon injuksi bagi menghentikan pencerobohan tersebut.
Sedangkan, tambah Nicholas, tanah tersebut telah direzabkan sebagai tanah rezab orang asli pada 1974.
Penduduk memfailkan semakan kes berkenaan tanah tersebut pad 2007, dan ditangguhkan beberapa kli sehingga diputuskan keputusannya hari ini.
Penduduk Orang Asli tersebut diwakili firma guaman Lee, Hishammudin Allen & Gledhill, diketuai Datuk D. P. Naban, Lim Heng Seng and Gobinathan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment