Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 19, 2012

AKHIRNYA ..KAN DAH BERJAYA !

BURUKNYA AES melantak duit rakyat, amerika beli harga rm17,000 ,kerajaan Bn beli harga rm200,000.Pastu kajian tidak terperinci dan terburu-buru melaksanakan dengan menggunakan kenyataan Pengarah JPJ untuk bahan sokongan dan banyak lagi.

Peguam Negara arah gantung kes saman AES
Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.
Berita depan akhbar Sinar 19/12/2012

Dalam satu kenyataan petang ini, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

"Bagaimanapun, ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain, maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan sehingga kebimbangan tersebut ditangani.

"Satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa hari akan datang mengenai isu berkenaan," tambahnya.

Mengenai empat kes saman yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan, semuanya akan dikaji semula dan akan didaftar semula jika pendakwaan perlu dibuat.
-malaysiakini-

2 comments:

Anonymous said...

Tok dok syok la, bak kata bebudak muda kat pejabat, lepas PRU 13, jika BN menang lagi saman mai balik.
Ini semua lakonan BN saja kehkehkeh

Anonymous said...

meme ler ! Lynas ditangguh dapat TOL,harga minyak ditangguh kenaikan ,harga letrik juga ditangguh ,harga air ditangguh dan jika rakyat undi pakatan rakyat ..semua tak akan naik yang berlaku ialah harga kereta turun,harga minyak turun,yuran U, seolah percuma dan harga barang tidak naik juga harga api letrik,air tidak naik disebabkan yang mentadbir PETRONAS dan semuanya adalah Kerajaan Pakatan Rakyat