Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 21, 2012

UMNO & MIC GEMPAR KETUA PEMUDA LETAK JAWATAN !

Kes letak jawatan Ketua Pemuda Perlis dan Ketua Pemuda MIC Batu Kawan.
BUTTERWORTH: Ketua Pemuda MIC Bahagian Batu Kawan Dr D. K. Devavijayan hari ini meletak jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta bagi memberi tumpuan kepada perniagaannya.

Devavijayan, 36, berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Pengerusi MIC Bahagian Batu Kawan R. Muthiah hari ini, memaklumkan hasratnya itu.

"Saya masih anggota MIC dan menyokong kuat Barisan Nasional, cuma saya tidak boleh memberi komitmen terhadap jawatan itu (Ketua Pemuda MIC Batu Kawan) kerana dalam masa yang sama perlu menguruskan perniagaan.

"Saya sudah lama memikirkan perkara ini (meletak jawatan) kerana perniagaan saya tiada sesiapa uruskan dan saya juga bimbang jika pilihan raya nanti saya gagal memberi fokus terhadap kerja-kerja parti berikutan urusan perniagaan," katanya ketika dihubungi, di sini Selasa.

Katanya beliau tidak akan menarik balik peletakan jawatan itu walau dipujuk oleh mana-mana pihak kerana percaya keputusan tersebut adalah yang terbaik baginya dan MIC.

Beliau juga berkata keputusan itu dibuat bukan atas desakan mahupun pengaruh mana-mana pihak.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang J. Dhinagaran berkata beliau akan bertemu dengan Devavijayan dalam tempoh terdekat bagi mengetahui punca sebenar peletakan jawatannya.

"Saya terkejut menerima sistem pesanan ringkas (SMS) Devavijayan yang menyatakan beliau meletak jawatan serta-merta kerana selama ini beliau sangat komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya di peringkat bahagian,negeri dan pusat.

"Lebih memeranjatkan kerana beliau rapat dengan presiden parti dan saya akan bertemunya paling lewat pagi esok untuk memberikan nasihat serta pandangan.

"Selain itu, saya akan cuba meminta beliau menarik balik peletakan jawatan itu kerana parti memerlukan pemimpin berdisiplin sepertinya," katanya ketika dihubungi.




SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya.

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini.

Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam.

"Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook.

No comments: