Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 21, 2012

SEDANGKAN PAK HAJI UMNO MOHON MAAF , BLOGGER UMNO BILA LAGI ?

Kalau nak analisa kemaafan blogger yang tersilap memang ada.Walaubagaimanapun teman puji sikap Tn Hj Alfaizeen ini yang baru sekali tersilap terus minta maaf dengan membuang keegoannya sebagai ahli UMNO dan menjunjung Islam lebih tinggi dari UMNO.
Cuma teman kesal ramai blogger UMNO mengutuk Ulama terutama Tok Guru Nik Aziz tanpa segan silu ,tanpa sedar diri mengaku Islam dan tanpa sedar umur dan nyawa ada had.Mereka sanggup mengutuk dan mengubahsuai gambar menghina Tog Guru yang teman pun pun tak nampak keburukannya kalau ada silap mungkin ada al-maklumlah Tok Guru bukan Nabi tapi lebih baik malah jauh beza baik dan kezuhudannya berbanding kita nie.

Akhirnya Haji Alfaiezeen minta maaf secara terbuka setelah menghina ulama dan ahli Pas serta mempersendakan kalimah syahadah .

Setelah dikecam dengan hebat dilaman sosial dan blog Haji Alfaiezeen Hamat terpaksa tunduk dan MEMOHON MAAF kerana keceluparan kata katanya yang menghina ulama serta mempersendakan kalimah syahadah.

Moga diampun dosa serta di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah kepada Haji Alfaiezeen.

Pepatah melayu ada menyebut telajak perahu boleh di undur tetapi kalau telajak menulis jika tak sempat delete maka ini lah padahnya.

Saya penulis pun tak terlepas dengan perkara seperti ini. mohon dijauhkan dari Allah.
SEBELUM
SELEPAS

No comments: