Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 27, 2012

DATUK SERI DHAR DIGANTUNG KERJA!

13 Muharram 1433H. [MOD] -
PUTRAJAYA - Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan hari ini memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.

"SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II,
Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahmood berkata, Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember depan.

Pada 14 November lepas, Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

3 comments:

Anonymous said...

bukan digantung tugas ttp mesti di tamatkan perkhidmatan secara keji.. jgn ada kasta / double standard dalam menjalankan undang2.. salah tetap salah...

Anonymous said...

gantung tugas jer. gaji & benefit yg lain masih dapat.. lagi best,

keje x payah buat, masalah tak payah pikir, ujung bulan gaji, elaun, claim sumer masuk...

Anonymous said...

harap pakatan rakyat bila perintah jangan buat perintah begini?kena adil tak kira bulu dan pangkat