Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 15, 2012

PERLU HATI-HATI AGAR TIADA SAPA YANG MATI !

Komen : elok benar ada teknologi TV lcd namun pemilik TV besar bukan lcd perlu hati-hati meletakkan TV anda agar stabil dan pastikan TV tersebut tidak mudah terjatuh bila tertarik atau bergegar.
Masalah lain ialah bila teknologi lcd telah menular maka golongan yang kurang kemampuan akan berpeluang membeli tv yang besar bukan lcd dengan harga murah (secondhand).Bagi yang membeli tv besar bukan lcd yang bersaiz sehingga 43 inci perlu hati-hati agar tiada sesiapa yang mati.

Budak lelaki 2 tahun maut dihempap televisyen

14 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.

"Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. - Bernama

No comments: