Kisah meter baru TNB digital yang amat meragukan bila banyak rungutan kekesanan yang sepatutnya ke arah lebih baik untuk pengguna bukan lebih baik kepada TNB.Jangan disebabkan tarif letrik tak dapat naik maka guna tektik ganti meter baru.
Kes atau kisah ini sama dengan penggantian meter air SYABAS suatu masa dulu dari meter logam kepada meter plastik yang meragukan dan menyusahkan pengguna terutama rakyat Selangor.
Kini perkara sama tapi benda yang lain iaitu sistem e-filing pencukaian berkomputer yang banyak meragukan pembayar cukai.
Setiap tahun masalah taksiran cukai pasti berlaku dan ramai pembayar cukai tidak puas hati dengan cara pihak LHDN (lembaga Hasil Dalam Negeri) menyemak semula taksiran cukai yang sudah melebih 5 tahun sehingga ada yang sampai 12 tahun.
Sepatutnya masalah taksiran semula cukai ini sudah lama dapat
diselesaikan memandangkan sekarang ini, mereka sudah menggunakan keadah elektronik seperti E-Filing yang lebih efisen dalam pengurusan fail.
Kalau pihak pengurusan menggunakan sistem ini sepenuhnya sudah tentu
masalah ini boleh diselesaikan pada peringkat awal lagi. Para pembayar
cukai mengadu yang mereka terpaksa mencari semula fail-fail yang sudah
terlalu lama disimpan dan ada kemungkinan ada yang sudah terlupa atau
tidak ingat lagi dimana dokumen-dokumen tersebut disimpan.
Kita mencadangkan agar pihak LHDN memperbaiki sistem E-Filing dalam
talian dengan memberi kemudahan kepada pengguna melampirkan
resit-resit atau dokumen yang diperlukan oleh LHDN sebagai bukti hasil
pendapatan bercukai.
Mengemaskini data-data pembayar cukai secara sistematik untuk
memudahkan para pembayar cukai dikesan lebih awal lagi supaya pihak
LHDN tidak perlu membuat taksiran berulang kali setiap tahun.
Pihak LHDN perlu memeriksa dan membuat pentaksiran semula dalam tahun
yang sama. Jangan sampai pentaksiran cukai dibuat semula berulang kali
pada setiap tahun untuk mengelak kesulitan kepada pembayar cukai
membayar balik cukai yang belum dibayar pada tahun tersebut.
Pihak pembayar cukai juga mencadangkan agar di masa hadapan, pembayar
cukai harus membuat satu surat pengesahan dan pengakuan yang dokumen
yang dihantar pada hari tersebut memang disahkan betul oleh Pegawai
LHDN semasa pentaksiran dan sekiranya pihak LHDN bersetuju mereka
harus menyimpan salinan dokumen-dokumen yang telah ditunjukkan dan
turunkan tandatangan sebagai bukti pengesahan yang pembayar cukai
sudah selesai membuat taksiran cukai semasa.
Perlu diingat bukan semua pembayar cukai mempunyai sistem tempat
simpanan fail yang baik dan, kemas. Ada diantara mereka yang sentiasa
berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain sehingga mereka
terlupa tempat simpanan fail yang sudah terlalu lama.
Dengan adanya sistem E-Filing, LHDN sepatutnya dapat mengatasi masalah
ini terus berlaku, dimana pihak pengurusan LHDN boleh menggunakan
sistem ini dengan lebih baik, cekap dan teratur tanpa perlu
menyusahkan pihak pembayar cukai untuk ditaksir semula kecuali pihak
pengurusan cuai dan tidak mengemaskini data pembayar cukai yang telah
pun membayar cukai mereka.
Kita mendesak agar pihak kerajaan bertindak segera menyelesaikan
masalah pembayar cukai yang dikenakan taksiran semula ini dari
berulang supaya tidak membebankan mereka membayar balik dan terpaksa
mencari semula dokumen-dokumen atau fail yang sudah lama disimpan.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment