Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 15, 2012

KPN DISAMAN NORIZAN SELEPAS 3 TAHUN DILENJAN

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Mangsa tembakan polis tiga tahun lalu, Norizan Salleh, 32, memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, kerajaan Malaysia dan dua lagi yang lain hari ini.
Mangsa ditembak secara rambang oleh seorang pegawai polis peronda sewaktu menaiki kereta bersama rakannya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2), pada 30 Oktober 2009.
Polis menembak kereta tersebut bertalu-talu dan beberapa das tembakan itu kena pada pergelangan tangan, bahu kanan serta tulang rusuk Norizan.
Sewaktu Norizan cuba keluar dari kereta dan meminta pertolongan polis, dia telah ditendang di bahagian dada menyebabkan beliau rebah semula ke dalam kereta.
Polis tersebut sekali lagi memijak pula belakang Norizan sebaik beliau keluar semula dari kereta dalam keadaan merangkak dan kesakitan.

“Sehingga kini, kesan tembakan dan serangan itu masih terasa, saya sering menghadapi kesukaran bernafas, tidak boleh terlalu aktif dan tidak boleh angkat barang berat,” jelas Norizan kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.
Norizan yang diwakili peguam, N Surendran, Latheefa Koya dan Afiq Mohd Noor menuntut gantirugi am, ganti rugi khas sebanyak RM18,326, ganti rugi teladan serta faedah atas jumlah penghakiman keseluruhan pada kadar lapan peratus setahun.
Polis yang menyerang beliau, Mohd Firdaus dinamakan sebagai defendan pertama, diikuti Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan; Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.
Sebelum ini Norizan yang mendapat pembelaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara waktu itu, Tan Sri Musa Hassan.
Difahamkan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagaimanapun telah memanjangkan perkara tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi masih tiada sebarang tindakan, malah tiada respon balas daripada kerajaan setelah beberapa memorandum sama diserahkan.

1 comment:

Anonymous said...

moral story....
polis lah jahat.....hehehehe
alat kominis