Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 12, 2012

JOM PIKET PELESIT NAK MAKAN ASET !

Staf KTM seluruh negara berpiket petang ini bantah penswastaan KTMB

Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) akan berpiket petang ini di hadapan Ibu Pejabat KTMB di Stesen KTM Kuala Lumpur bagi membantah penjualan badan itu kepada MMC Berhad milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Setiausaha Agung KPPKTMB, Jaafar Alias berkata, peserta akan berkumpul di Stesen KTM Kuala Lumpur pada jam 5.25 petang dan berarak ke ibu pejabat KTMB.

Katanya, piket yang dijadual berlangsung hingga 6.30 petang itu akan disertai lebih 700 kakitangan KTMB seluruh negara, antaranya dari Johor Bharu dan Alor Setar.

“Piket esok tertumpu kepada pekerja KTMB sendiri, tetapi kami tidak halang jika badan seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan juga rakyat yang ingin hadir memberi sokongan,” katanya ketika dihubungi.

Melalui piket tersebut, Jaafar berkata, KPPKTMB berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi perhatian terhadap tuntutan mereka dan tidak meneruskan penjualan itu.

Sebelum ini, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, Syed Mokhtar cuba menguasai pengangan tanah kira-kira bernilai RM50 bilion milik KTMB melalui pegambil alihan itu.

Pengerusi KPPKTMB, Abdul Razak Md Hassan pernah menuntut kerajaan mengembalikan KTMB sebagai badan sektor awam, berikutan penswastaan sebelumnya kepada Konsortium Marak Unggul (1997-2002) memberikan pelbagai masalah kepada pekerja.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37709

No comments: