Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 19, 2012

DASYATNYA PENANGAN LGE DI PENANG !

Memang rugi jika pilih BN menerajui Malaysia.Syukur alhamdulillah la nie Allah dah tunjukkkan kemakmuran dan kecemerlangan serta keuntungan bila ditadbir Pakatan Rakyat .
Rekod Lebihan Surplus Yang Paling Tinggi Dalam Sejarah Pulau Pinang Yang Naik 312% Kepada RM 138 Juta Pada 2011 Berbanding RM 33 Juta Pada 2010 Adalah Usaha Gigih Rakyat Pulau Pinang Dan Semangat Berpasukan Semua Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Pengesahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 bahawa lebihan surplus yang paling tinggi dicatat dalam sejarah Pulau Pinang yang naik 312% kepada RM 138 juta pada 2011 berbanding RM 33 juta pada 2010 adalah usaha gigih rakyat pulau pinang dan semangat berpasukan semua anggota pentadbiran kerajaan negeri. Pentadbiran Cekap Akauntabel dan Telus atau CAT kerajaan negeri PR telahpun membolehkan surplus naik RM 105 juta dalam setahun ke rekod RM 138 juta berdasarkan kenaikan hasil yang dikutip yang naik RM 192 juta atau 47% daripada RM 411 juta pada 2010 kepada RM 603 juta pada 2011 sungguhpun perbelanjaan mengurus naik RM 88 juta atau 23% daripada RM 377 juta pada 2011 kepada RM 465 juta pada 2011.

Kerajaan negeri juga berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz(Free Malaysia Today Online news) yang mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Pulau Pinang atas pengurusan kewangan baik negeri, khususnya dalam menaikkan kutipan hasil sebanyak 47% atau RM 192 juta. Sungguhpun prestasi kewangan adalah yang paling baik dalam sejarah negeri Pulau Pinang, maka kerajaan negeri menerima teguran Laporan Ketua Audit Negara dengan hati terbuka.

Saya telahpun mengarahkan jawapan daripada semua jabatan berkenaan sekiranya ada kelemahan yang harus diperbaiki ataupun ada teguran audit yang tidak berasaskan fakta ataupun disebabkan oleh kesilapan pihak lain dan bukannya melibatkan kerajaan negeri. Di antara teguran audit yang saya hendak jelaskan di sini adalah bahawa daripada RM 557.25 juta yang diperuntukkan kepada 9 jabatan Negeri untuk menjalankan 2,489 projek, hanya RM 171.05 juta telah dibelanjakan, ataupun RM386.2 juta tidak dibelanjakan.

Sebenarnya hanya RM 23.9 juta yang tidak dibelanjakan dan bukannya RM 386.2 juta. RM 23.9 juta tidak dibelanjakan kerana projek bermula lewat dan jabatan telahpun diarahkan untuk memastikan kelewatan dapat dielakkan.

Baki RM 362.3 juta tidak dibelanjakan disebabkan oleh dua (2) perkara utama iaitu:
• RM 100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University atau AWLU di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan apabila AWLU bersetuju memilih tapak kerajaan negeri di Pondok Upeh. Oleh itu pengambilan tanah di Kampung Genting dibatalkan dan kos RM100 juta dijimatkan; dan

• RM 262.3 juta diperuntukkan untuk membayar hutang pinjaman projek bekalan air yang tidak perlu lagi dibelanjakan selepas perjanjian penghijrahan aset air kepada kerajaan persekutuan menerusi Perbadanan Asset Air Bhd(PAAB). Ini adalah kerana kerajaan persekutuan diperlukan membina Empangan Air Mengkuang dan mengambilalih hutang pinjaman ini sebagai pra-syarat kerajaan negeri bersetuju menyerahkan aset air kepada PAAB.

Laporan Ketua Audit Negara telahpun menyatakan bahawa daripada 2,489 projek yang telah diluluskan pada 2011, 2455 projek (iaitu 98.6%) telah siap sepenuhnya. Hanya dua perbelanjaan besar sebanyak RM 362.3 juta tidak dijalankan seperti yang dijelaskan di atas.

Daripada jumlah peruntukan RM557.25 juta hanya RM23.9 juta tidak dapat dibelanjakan kerana lewat berjalan projek. Pada keseluruhannya ulasan Ketua Audit Negara adalah bahawa pencapaian yang baik dari segi bilangan projek yang berjaya disiapkan.

Lim Guan Eng

3 comments:

emas gsr said...

Ini berita yang sangat baik. Namun sebagai rakyat Melayu ,kami mengharapkan agar warga melayu juga turut membangun bersama bangsa lain. Kami harap apabila kami melancung ke Penang dapat shoping di gedung gedung melayu dan cina tak lah nampak melayu hanya jadi gurd digedung besar dan hotel sahaja. nanti jadi macam melayu di seberang tambak pulak. yang jadi menteri sorang dua je.

Anonymous said...

Melayu sebenarnya susah sikit nak membangun bersama bangsa lain di penang. Salah melayu dan pemimpin terdahulu jugak. Bukan 100% salah bangsa lain. Ini kerana kebanyakan melayu ni telah terdidik hidup nak senang, tapi kerja malas(start dari peringkat sekolah lagi dah perangai begitu). Macam mana orang nak bagi kerja/gaji tinggi atau nak meniaga sendiri? Nak buat bisness modal tak cukup(duit habis joli/hidup nak ada life stylelah katakan ikut pemimpin yang mewah). Mula nak berniaga tepi jalan(tak sah), lepas tu kena halauler.... Tu tak cakap pasal dadah/judi lagi...Rasanya lambat sikitlah nak naik semula sebab kena ubah dari peringkat bawah ubah mentaliti(anak-anak serta keturunan seterusnya). Ini sebenarnya tugas penting ulama/pemimpin kita yang beriman.

anak liar said...

tepat sekali komen anon 11.16...bdak melayu penang sgt senang fikiran depa.bila keja bawah org,kena marah sket nk berenti..pastu bila berniaga,selalu pkiaq jalan mudah nk untung..ada jugak yg berjaya,tp byk mentaliti xbrapa elok tu yg jadi haru biru..apa pun harap kakitangan kerajaan negeri penang patut dapat imbuhan seb kerja keras depa..hehe..