Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, October 6, 2012

BUKIT BERUNTUNG LAGI SESUAI ! WAHAI KABINET TAK BERMARUAH

Kabinet setuju teruskan bina UiTM di Serendah'

Mesyuarat kabinet hari ini bersetuju meneruskan pembangunan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah, yang sebelum ini dirampas kerajaan Selangor, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Noh, yang juga pengerusi Majlis Tindakan Selangor, berkata perkara itu dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hasil lawatan beliau ke Selangor semalam.

"Dalam dialog dengan pemimpin belia dan pelajar di UiTM Shah Alam
semalam, seorang daripada pemimpin belia meminta kerajaan Persekutuan menunaikan janji untuk meneruskan pembinaan UiTM di Serendah.

"Susulan dialog itu, Timbalan Perdana Menteri telah bangkitkan perkara ini dalam kabinet, dan ia dipersetujui oleh jemaah menteri termasuk Perdana Menteri.

"Persetujuan ini secara prinsipal sahaja. Maklumat terperinci akan
diumum oleh kementerian berkaitan," katanya kepada pemberita selepas bertemu peniaga ikan di Jeti Sungai Yu di Tanjong Karang.

Selasa lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Sdn Bhd (PYBK) untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor merampas dan menolak bayaran cukai beberapa bidang tanah milik YBK.

Ekoran rampasan tanah itu, projek pembangunan kampus UiTM berkenaan dipindah ke Melaka.

Noh berkata kerajaan Persekutuan bagaimanapun perlu menyediakan
peruntukan baru untuk pembinaan kampus itu memandangkan peruntukan sebelum ini disalur untuk pembinaan kampus universiti tersebut di Melaka.

Mengulas kemungkinan kerajaan negeri memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, beliau berkata ia hak mereka untuk berbuat demikian, namun pihak berkenaan sepatutnya mengutamakan pendidikan untuk generasi muda berbanding
kepentingan politik.

"Pembinaan kampus UiTM ini tidak seharusnya menjadi isu dan dipolitikkan. Saya berharap kerajaan negeri akan memberi kerjasama apabila pembinaan kampus ini dilaksanakan kelak," katanya.

Isu melibatkan tanah YBK bermula dengan keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan projek kampus UiTM di Serendah sehingga projek itu terpaksa dipinda ke Semujuk, Melaka.

Ini diikuti tindakan memulangkan bayaran cukai tanah YBK berjumlah RM5.7 juta, yang sebahagiannya dilunas dengan bantuan Yayasan Melaka, dan merampas tanah berkenaan atas alasan pihak luar tidak boleh membuat bayaran bagi pihak YBK.

- Bernama

No comments: