Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 26, 2012

PR SATU BN DUA BELAS MEMANG 'ADIL'!

Kalau rakyat tahu pengkisahan PM Barisn Nasional membela ramai pemimpin korup dan menaikkan pangkat pemimpin yang gagal sudah tentu kemenangan PRU 13 memihak kepada Pakatan Rakyat. Pengkisahan buruk itu rakyat perlu tahu telah dimulai oleh kutuk Tun M mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 jika tidak silap. Masih teman ingat beliau semasa Perdana Menteri ketika itu telah memberitahu Menteri Kewangan pada masa itu ialah Anwar Ibrahim, supaya jangan mengambil tindakan terhadap Nor Mohammad Yakcop dan Nor Mohamad Yakcop telah berhenti dari BNM. Selepas kerugian yang dilakukan oleh ketua jabatan perbendaharaan BNM itu beliau telah dinaikkan pangkat dan darjat di dalam kerajaan dengan perlantikan beliau sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan persekutuan.


Di negara ini jika seseorang itu berada di dalam kroni Perdana Menteri dan melakukan kesalahan besar mereka akan dinaikkan pangkat dan tanggungjawab yang lebih besar lagi. Nor Mohammad Yakcop sejak itu telah dinaikkan taraf dan kedudukan beliau oleh Dr Mahathir sehingga beliau menjadi Menteri Kewangan dan sekarang Menteri yang penting dalam Jemaah Kabinet negara.

Dalam menganalisa sejarah pemerintahan Tun M maka memang ada kebenaran Dr Mahathir tidak boleh bekerja dengan pemimpin yang baik yang tiada masalah ‘baggage’ peribadi. Lagi besar masalah seseorang itu lagi senang hati Dr Mahathir untuk melantiknya kerana melantik orang-orang seperti ini akan memudahkan beliau untuk mengawal mereka.


Bagi Dr Mahathir sistem dan etika itu boleh dipersetankan kerana beliau memang setan kerana baru-baru ini beliau pun telah membuat kenyatan UMNO memang setan yang dikenal manakala PAS adalah malaikat yang tidak dikenali.
Kalau begitu rupanya , di manakah baiknya BN diberi pelung lagi? Nanti rakyat dapat gigi dengan gusi.
CUKUPLAH 12 PENGGAL UNTUK BN, PELUANG WAJAR KEPADA PR WAIMA 1 PENGGAL.
KESIMPULANNYA RAKYAT PERLU PILIH PAKATAN RAKYAT IAITU UNDI ATAU PANGKAH UNDI YANG BERLOGO BULAN, MATA DAN ROKET SAHAJA .
UMNO, MCA dan MIC serta sekutu mereka MEMANG LAYAK SEBAGAI PARTI PEMBANGKANG MALAYSIA DAN KETUA PEMBANGKANG SELEPAS PRU13 ADALAH DS NAJIB.

No comments: