Kedatangan UMNO ke Sabah dilihat cuba menyemai ketakutan, kebencian melalui semangat perkauman dan permusuhan antara suku dan agama agar mereka dapat mengekalkan kedudukan mereka.
Pesuruhjaya PAS Keningau, Haji Hishamuddin Sulaiman berkata demikian dalam ucapannya dihadapan sekitar tiga ratus orang hadirin pelbagai suku kaum dalam sesi pendengaran umum DAP Sabah bertempat di dewan Hotel Juta.
Memulakan ucapannya dengan beberapa rangkap pantun, beliau menekankan peri pentingnya masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama di Sabah hidup bersama dalam keadaan aman sentosa dan bersatu.
“Kita hidup di bumi Sabah ini dalam pelbagai suku dan agama. Ada Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Melayu, Cina, ada orang Bugis, Jawa, ada Rungus, ada Iban dan sebagainya.
“Inilah uniknya kita dan perlu kekalkan kerukunan hidup bersama untuk membangunkan bumi Sabah.” katanya.
BN tindas semua rakyat di semua tempat
Bukan sahaja di Sabah malah di semenanjung, UMNO juga menindas negeri yang majoritinya muslim dan Melayu seperti di Kelantan kata Haji Hishamuddin lagi.
“Sekarang negeri Sabah dapat lima peratus royalti minyak, tapi negeri Kelantan 22 tahun Tuan Guru Nik Aziz memerintah ‘no percent’ pun dapat”.
“Sedikit pun tak dapat walaupun diperintah orang Melayu Islam. Inilah UMNO. Mereka busuk hati, satu sen pun royalti tidak diberi kepada Kelantan”, ujarnya.
Dalam kesempatan tersebut, beliau turut menyentuh bahawa isu hudud yang sengaja dimainkan UMNO sebelum ini hampir-hampir menyebabkan Najib membubarkan parlimen.
Katanya, UMNO-BN menunggu masa Pakatan Rakyat berselisih faham dan mereka akan mengambil kesempatan disebabkan pergeseran yang berlaku walaupun ianya bukan isu besar.
“Jadi kita harus hati-hati, jangan termakan dengan berita dalam media masa kawalan mereka. Mereka suka ‘pusing’.”
“Undang-undang sarang labah-labah”
Hishamuddin berkata, “Undang-undang yang kita ada di Malaysia kini ibarat undang-undang sarang labah-labah. Maksud saya kalau kita yang kecil curi berus gigi di supermarket kena dua tahun penjara, tapi mereka yang bawak lari juta-juta, billion-billion, mudah saja terlepas.
“Jadi, kita di Sabah mahu sebuah kerajaan yang adil. Dalam pilihan raya nanti, kita kena ubah kerajaan ini. Kita boleh tengok di Mesir, di Syria, Tunisia, semua rakyatnya telah bangkit dan berubah. “-Roketkini.com
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment