Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, September 28, 2012

LARANG PAKAI SERBAN TAK MENGHINA NABI ?


Hentikanlah penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Islam yang kita telah lakukan secara tidak langsung ini. Amar ma'aruf, nahi mungkar. Allahu Akbar!
Bukanlah niat untuk mempersenda atau memperlekeh usaha orang yang berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi tersebut. Usaha itu bagus kerana di situ kita dapat lihat dalam diri kita masih ada potensi sebagai pejuang Islam, masih ada rasa sayang terhadap Allah, Rasul dan agama kita, Islam. Cuma untuk sama-sama kita muhasabah diri agar kita dapat serlahkan lagi potensi tersebut untuk melengkapkan diri menjadi pejuang Islam sebenar seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Sebenarnya, kita sendiri yang hina Allah s.w.t jika kita melanggar perintah dan larangan-Nya. Kita sendiri yang hina Nabi s.a.w jika kita tak hargai susah payah Nabi berjuang menyebarkan Islam dengan mengabaikan ajaran dan sunnah baginda. Sebenarnya kita sendiri yang hina Islam jika kita tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Sebab itu Islam terus menerus dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Kerana mereka tahu kita masih hanya Islam pada nama sahaja.

Contoh benar di zaman pemerintahan Dr Mahathir :-
Murid Islam di sekolah kerajaan adalah dilarang memakai serban. Pada November 23, 2004 Hakim mahkamah rayuan, Gopal Sri Ram, mengesahkan keputusan guru besar Fatimah Sihi, yang menyingkirkan 3 orang murid Sekolah Kebangsaan Felda Serting di Negeri Sembilan pada 10 November 1997 kerana memakai serban. Mereka berusia antara 10 - 13 tahun. Mahkamah memutuskan bahawa ia merupakan masaalah displin murid enggan mengikuti peraturan sekolah.

Info baik utk kita :-
Pada zaman rasullulah, ahklak-nya, cara makan-minum, pergaulan-nya, pakaian-nya menjadi ikutan para sahabat-sahabat, sahabat kepada sahabat atau lebih jelas dari tabi'in-tabi'in, hingga ke hari ini.

Riwayat mengenai serban yakni warna, panjang/saiz terdapat dalam Syama'il Tarmidhi atau kitab2 lain seperti yang telah dikeluarkan di Malaysia, yang salah satu daripadanya ditulis oleh Mufti E.Bemat.

Berdasarkan kisah-kisah Nabi Muhammad, memang ada mengisahkan Nabi memakai serban. Antaranya ketika Nabi Muhammad pulang ke rumah dan mengetuk pintu memberi salam sebanyak 3 kali, tetapi isteri baginda iaitu Aisyah tidak menjawab salam, lalu baginda tidur diluar rumah dengan berbantalkan serbannya. Keesokan hari Aisyah terkejut dengan Rasulullah yang tidur di luar rumah..

Kisah lain, ada seekor kucing tidur di atas serban Rasulullah tetapi Nabi tak rentap serban itu kerana tidak mahu mengganggu kucing yang sedang tidur itu. Malah baginda memotong serbannya itu.

Mereka yang melarang atau menghalang seseorang itu daripada mengamalkan sesuatu sunnah Rasullullah SAW, seperti memakai serban itu dengan rela hatinya, tanpa apa-apa tekanan, ancaman atau paksaan, bolehlah dianggap sebagai membencinya. Dan dalam satu hadis, Rasullullah menyingkirkan mereka yang membenci sunnahnya daripada golongan yang mengikuti Rasullullah dengan perkataan ".. maka bukanlah ia dari golonganKu."

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa mereka yang secara berterang-terangan memusuhi sunnah Rasullullah dianggap kafir.[3]
http://www.lamankongsi.com/2012/09/kita-sendiri-yang-hina-nabi-dan-islam.html

No comments: