Suasana di pekarangan Dataran Merdeka mula gamat dengan pelbagai bunyian, namun keadaan masih terkawal sehingga kesemua peserta bersurai.Kedengaran laungan "Bersih" dilaungkan beberapa kali.Pun begitu sehingga 10.30 malam tadi, wakil penganjur Himpunan Janji Demokrasi belum kelihatan. Mengikut maklumat sebelum ini perhimpunan itu akan bermula jam 11 malam.Kira-kira 11.15 malam, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah tiba di Dataran Merdeka.
Di lokasi tradisi di Dataran Merdeka, orang ramai turut berkumpul untuk menyambut kedatangan tanggal 31 Ogos.Sebahagian besar kawasan Jalan Raja-Jalan Tun Perak dibanjiri oleh penyokong Himpunan Janji Demokrasi, seolah-olah menggambarkan keadaan ketika Himpunan Bersih 3.0 April lalu, yang berakhir dengan kekecohan.Seperti lazim keadaan ibu negara khususnya di laluan ke pusat bandar dan dekat Dataran Merdeka sesak teruk.Papan tanda yang membawa mesej "Dilarang diadakan sebarang aktiviti di sini" - merujuk kepada Dataran Merdeka, juga kelihatan dipacak di persimpangan Jalan Raja-Tun Perak.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Saturday, September 1, 2012
JANJI BERSIH WAKIL PAS CAW BUKIT SENTOSA 2 MEMANG BERJAYA
"Jumlah kehadiran dikatakan agar besar di sebalik larangan pihak polis agar tidak berkumpul di Dataran Merdeka kerana tiada kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Sekitar jam 11.30 malam, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mendeklamasikan sajak "Janji Demokrasi" di Dataran DBKL.Dalam laman sosial Facebook petang tadi, Samad antara lain berkata:"Kerana terbayang wujudnya flipa-flopan,"jika tak dimungkin di dataran larangan,"berdirilah di mana-mana bumi Tuhan,"Janji Demokrasi" tetaplah dilaungkan!"Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat kelihatan hadir, antaranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
PAS Caw Bukit Sentosa 2 dan PAS Bandar Bukit Sentosa berjaya mewakili PAS Kawasan hulu Selangor melakukan solat hajat ditengah ribuan penyokong Himpunan JANJI BERSIH tepat 12 malam.Semoga amalan solat hajat akan diteruskan dan diramaikan menjelang kemenangan PUTRAJAYA oleh Pakatan Rakyat kelak.
Sebahagian ahli PAS Kawasan hulu Selangor hadir di malam cemerlang yang membuktikan Himpunan JANJI BERSIH memang bersih dari provokasi dan perkara yang tidak baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
“JANJI ALLAH” adalah SIFAT ALLAH.
ORANG YANG YAKIN DENGAN JANJI ALLAH adalah orang yang BENAR-BENAR BERIMAN.
Ps: Masuk shurga dengan RAHMAT Allah, bukan dengan pahala, tapi siapa amal soleh dengan IHTISAB boleh dapat RAHMAT Allah.
Post a Comment