Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, September 11, 2012

DAULAT TUANKU, MANA NAK LETAK MUKA AKU !



KUALA LUMPUR - Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) atau kenderaan intervensi pantas untuk kegunaan tentera yang diutarakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan baginda yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.

"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas.

1 comment:

Anonymous said...

salam...rasanya gambar RIV yang dimaksudkan ialah untuk kegunaan Grup Gerak Khas bukan bomba..ni dah salah gambar....ish2 sah memang pengetahuan anda kurang.