PULAU PINANG: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak dengan kos saman fitnah yang difailkan oleh bekas Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang, Aminah Abdullah ke atas PAS, Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Mohd Sabri Said.
Dalam keputusan yang dibacanya hampir dua jam dari pukul 3 petang di Mahkamah terbuka petang semalam, Hakim Varugesh memutuskan tuntutan Aminah ke atas PAS adalah bercanggah dengan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 kerana PAS tidak boleh disaman atas nama parti politik.
Tuntutan ke atas Ahmad Lutfi pula ditolak kerana Plaintif gagal membuktikan bahawa Lutfi adalah Ketua Pengarang Harakah pada masa berita bertajuk 'kenyataan Aminah bertentangan syariat' diterbitkan.
Di samping itu Mahkamah juga memutuskan bahawa laporan berita di akhbar Harakah yang ditulis oleh Sabri adalah dilindungi oleh pembelaan perlindungan bersyarat (qualified priviliged) kerana berita itu adalah berkepentingan awam dan Harakah hanya melaporkan kenyataan para pemimpin PKR yang memberi respon ke atas kenyataan Aminah yang disiarkan sebelum itu di akhbar Sinar Harian.
Mahkamah menyatakan Sabri hanya melaporkan berita tersebut dan keterangan Sabri disokong melalui keterangan kontemporari seperti buku catatan wartawan yang dikemukakan sebagai keterangan.
Dengan penolakkan saman tersebut, Mahkamah juga mengarahkan Aminah membayar kos sebanyak RM15 ribu kepada defendan bertiga tersebut.
Semasa perbicaraan tersebut, Aminah telah di 'grill' oleh Hanipa dalam pemeriksaan balas yang panjang sehingga beliau nampak agak kelam kabut dan letih disoal bertalu-talu oleh Hanipa.
Mahkamah bagaimanpun membenarkan tuntutan Aminah ke atas tiga orang pemimpin PKR Pulau Pinang dalam kes yang sama.
PAS, Ahmad Lutfi dan Sabri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
1 comment:
assalamualalaikum
Terkenang dan teringat didalam sirah sahabat yakni sayiddina Umar ra amirulmukminin yang kedua, menguasai sebahagian besar tanah jajahan ditimur tengah telah keluar malam mengendong gandum untuk membantu seorang perempuan dan anak-anaknya dari sebab kelaparan dan kemiskinan demi atas sebab tanggungjawab seorang pemimpin keatas rakyatnya.Ceritanya penuh syahdu dan kesungguhan umar untuk merasai keperitan serta ingin menyelesaikan akan masalah yang dihadapi keluarga itu.Pendek cerita adakah roh atau semangat atau feeling dari kelakuan Umar terhadap keluarga yang dibantunya itu diguna pakai oleh pemimpin BN yakni PM Najib yang kita kasihi terhadap Budget 2013 yang dibentangkan baru-baru ini.Sasaran utama budget ini ialah rakyat yang terdiri pelbagai peringkat,gaya hidup,kecenderungan dan kelas sosial.Perbelanjaan belanjawan 251.6billion telah ditawarkan didalam keadaan negara berhutang 502billion tahun ini amat menakutkan didalam keadaan pihak pelaksana(kerajaan BN) mempunyai ketelusan yang rendah dari segi membawa keadilan untuk kebajikan rakyat amnya.Pemberian secara one off sebagaimana merupai didalam budget2012 adakah benar-benar mengeluarkan mereka(rakyat) dari beban kesusahan ditengah suasana kos hidup tinggi dibantu dengan harga barangan yang sering meningkat berbanding dengan jumlah majority pendapatan rakyat yang rendah.Pendapat teman pemberian one off ini tidak membantu tapi merupakan penyedap sementara seketika jangan tidak ada, atas nama menolong rakyat.Apa yang penting budget 2013 ditegak diatas penyusunan semula ekonomi mikro dan makro serta usaha-usaha mengatasi defisit sekaligus kearah merendahkan hutang negara.Ini semuanya memerlukan satu grand design yang besar keatas ekonomi negara berhadapan dengan ekonomi global dunia yang kurang menentu dewasa ini.Lebih 50 tahun BN memegang kuasa dinegara malaysia ini telah menawar didalam budget2013 akan diskaun potongan terhadap sihutang pttn sekiranya bayar sekaligus.Persaolannya adakah pihak yang berkenaan sanggup mencari wang untuk membayar sekali gus itu.Umpamanya seorang pelajar berhutang pttn 30ribu setelah diberi potongan tinggal 24ribu,24 ribu ni dia nak cari mana... jawablah sendiri.PRU13 adalah kempen BN dan Pakatan rakyat untuk kesinambungan kerajaan dimalaysia.Maka dikehendaki semua rakyat, baik jantan dan betina berilah laluan yang mudah kepada Pakatan rakyat dengan merujuk keatas kejayaan mereka memerintah empat buah negeri iaitu Kelantan,Kedah,Pinang dan Selangor yang berhemah mengurus perekonomian dan pentadbiran.Berilah peluang kepada mereka(pakatan rakyat) untuk menunjuk bakat sebagaimana mereka tunjukkan dalam program Jingga dan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat baru-baru ini.Teman sah pilih PAKATAN RAKYAT.
Post a Comment