Pelbagai jenis ragut dalam negara Malaysia versi pemerintahan BN yang membuat rakyat takut.
1. Peragut rantai leher/beg duit / henpon di jalanan dari rakyat yang sedang berjalan, semasa atas motosikal dan dalam kereta.
2. Peragut rantai/beg/wang daripada orang tua di kampong.
3. Peragut dara alias perogol di jalanan dan semasa rompakan atau samun rumah.
4. Peragut hak rakyat seperti tanah rakyat semasa berkuasa dan tanah kerajaan yang dibeli dengan menggunakan nama ahli keluarga dan harga premium yang sangat rendah.
5. Peragut undang-undang dari pengamal undang-undang sendiri dan pihak berkuasa seperti penyalahgunaan kuasa oleh polis dan pemimpin dalam kementerian-kementerian .
6. Peragut keperluan asas rakyat seperi melibatkan pembekalan air dan api.
Kebelakangan ini dikala ketuaan menjelang seiring kedewasaan parti UMNO yang dah makan usia lebih 55 tahun maka dah terlalu banyak kes jenayah ragut berlaku sehingga saat ini.
Rakyat kini dah tersedar dan maklum kenapa di bangga-banggakan negara ini sebagai negara yang aman dan selamat walhal adalah faktanya benar atau sebaliknya. Sesungguhnya jenayah ragut memang banyak berlaku dan di mana-mana tak kira di bandar, kampong atau tepi masjid malah dalam masjid.
Walaupun teman sendiri belum pernah menyaksikan peristiwa ragut belaku di hadapan mata namun dapat membayangkan kesakitan dan kemurungan serta kesusahan mangsa peragut.
Biasa kita dengar misalnya 2 orang yang menaiki motosikal telah lalu di sebelah wanita yang membawa beg tangan samada dari bank atau rumah atau semasa kembali ke rumah dan peragut itu terus sahaja meragut wanita itu dan mereka (peragut) terus memecut laju meninggalkan wanita tadi terbaring di tebi jalan dan mengalami sedikit kecederaan di tangannya.
Kalau lihat dalam akhbar SINAR hari ini ada mangsa peragut hampir putus tangan akibat dilibas parang dan ada yang mati dan koma di hospital.
Tragedi atau Peristiwa hitam seperti ini selalu berlaku dan sekali gus ia menafikan fakta buta UMNO/BN yang negara kita adalah sebuah negara yang aman damai seperti yang kita sangka dan dibangga. Ini tidak termasuk kes rogol, bunuh dan pecah rumah yang menjadi bahan berita yang lumrah melalui saluran-saluran media BN serta media cetak.
Ramai orang tertanya bagaimanakah keadaaan sebuah negara yang aman itu?
Peliknya pihak polis dan penguatkuasa undang-undang biasa kita lihat di mana-mana terutamanya di kotaraya-kotaraya dalam negara kita tetapi jenayah tetap berkembang dengan cepat dan tersasar.
Selalunya apabila se sebuah negara yang sering berlaku samun dan rompak serta jenayah ragut ini berlaku dengan pesatnya ia merupakan petanda dan dalil yang rakyat miskin adalah ramai dan mengambil tindakan mencuri dan merompak harta benda orang lain untuk hidup.
Seperti negara Scandinavia misalnya/ tidak ada kes-kes rompak dan samun yang ketara seperti yang berlaku di negara kita. Negara-negara dalam gugusan Scandinavia ini merupakan negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi malah ia melebihi pendapatan per kapita negara-negara G8. Kalau kita melawat negara-negara ini kita tidak akan nampak anggota polis berkeliaran seperti di negara kita. Di negara-negara yang saya sebutkan ini keamanan dan keselamatan diri individu rakyat seperti terjamin. Inilah contoh-contoh sebuah negara yang aman.
Sebaliknya di negara kita, kita melihat anggota polis dan penguatkuasa yang lain berkeliaran tetapi insiden seperti yang di tulis oleh pengadu kepada saya itu berlaku dengan meluas. Ragut di sana dan ragut di sini dan dengan jelas kes ragut harta orang lain ini sememangnya menjadi perkara yang lumrah di negara kita ini.
Pemimpin-pemimpin kita yang mempunyai kuasa di tangan mereka pun melakukan ragut-meragut harta orang lain seperti harta rakyat seperti yang kita selalu dengar melalui pendedahan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Jumlah harta dan wang ringgit rakyat yang diragut oleh pemimpin-pemimpin kita melibatkan jumlah yang puluhan billion ringgit. Rakyat sentiasa diragut wang ringgit mereka oleh mereka dan pemimpin yang mereka (rakyat) amanahkan untuk menjaganya.
Dewasa ini penjenayah ragut yang dilakukan oleh penunggang motosikal itu mudah untuk diselesaikan kerana sudah ramai yang tertangkap dan dipenjarakan. Tetapi masalah yang terbesar sekarang ini ialah untuk menyelesaikan kes ragut kolar putih yang sedang dilakukan oleh pimpinan besar kita serta penjawat-penjawat awam negara yang melibatkan ratusan berbillion ringgit itu.
Jenayah ragut pemimpin dan orang besar ini sememangnya sudah tidak dapat dihentikan lagi selagi mereka ini masih berkuasa. Jumlah yang terilbat dalam ragut oleh penunggang dan pembonceng motosikal adalah kecil. Yang penting rakyat fahami dan cuba untuk menghentikannya ialah kes-kes ragut yang berbillion ringgit yang dilakukan oleh pimpinan yang sedang berkuasa.
Peragut-peragut jenis inilah yang amat sukar untuk diselesaikan. Memburuk keadaan lagi Pendedah kes ragut pula yang kena tuduh di mahkamah kerana ada undang-undang yang melindungi penjenayah ragut yang berkolar putih ini.Pejuang Pakatan Rakyat sdr Rafizi Ramli pula telah dituduh di mahkamah kerana mendedahkan kes ragut wang rakyat yang berbillion ringgit oleh keluarga yang mempunyai pengaruh dalam kabinet negara yang di dalamnya mempunyai penjenayah ragut yang besar-besar.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment