SHAH ALAM, 28 OGOS: Kegembiraan peneroka menyangkakan bahawa 800 unit saham Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH) yang ditawarkan kepada mereka adalah percuma bertukar menjadi mimpi ngeri apabila terpaksa membayar hutang bank bagi membolehkan mereka memiliki saham tersebut.
Kebanyakkan peneroka yang terpaksa menanggung hutang ini hanya menyedari kewujudan pinjaman ini apabila menerima surat bayaran semula pinjaman bernilai balik hutang berjumlah RM3,630 untuk pembelian 800 unit saham FGVH terlibat dari pihak bank baru-baru ini.
Demikian beritahu Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman ketika dihubungi TVS hari ini.
“Kebanyakkan mereka tak menyedari ada antara borang yang mereka tandatangani itu adalah pinjaman bank untuk beli 800 unit saham FGVH, sebab peneroka ini tidak diberikan penerangan yang jelas sebelum turunkan tandatangan.
“Rata-rata peneroka atau waris yang menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH mereka dapat itu percuma.
“Mereka keliru kerana istilah yang digembar gemburkan adalah durian runtuh dan menyumpah bila terima penyata pinjaman dari bank terbabit,” kata Mazlan.
Malah menurut Mazlan, isu ini tutut menimbulkan perbalahan antara ahli keluarga sebilangan peneroka dan waris mereka.
“Ada seorang menantu peneroka mengadu pada saya, ipar duai dia bertengkar siapa yangg nak ambil tanggungjawab bila bapa mereka meninggal dunia bulan puasa baru-baru ni.
“Ada waris yang dinamakan sebagai peminjam pening kepala bila surat bank sampai; walhal yang beria-iya dulu suruh sain adalah adik beradik,” katanya lagi.
Menurut Mazlan, pinjaman yang dikenakan faedah sebanyak lima peratus itu dicah secara harian.
Jelas Mazlan, caj faedah harian tersebut berterusan meningkat selagi bayaran pinjaman tidak dijelaskan oleh peneroka terbabit.
Cerita FGVH - Mazlan
Pada awal penyenaraian FGVH dulu ANAK dituduh menghasut peneroka kerana segelintir peneroka membantah dan tidak mahu menandatangani penyenaraian tersebut...Pada peneroka yang pro UMNO mcm2 tohmahan dan cacian dilemparkan kepada ANAK terutama kepada presiden saudara Mazlan..Hinggakan timbul ayat popular daripada Najib yang mengelarkan mereka yang membantah ini HARAMJADAH!!!Masih ingat!!!dah lah HAR
AM,JADAH pulok!!!....Kalau ikut makna definasi lama HARAMJADAH tuh bermakna anak haram!!!...Tidak lama penyenaraian ini berlaku dan akhirnya Pekung serta tembelang sudah pecah!!!.....cuba baca posting saudara Mazlan dibawah....Sekarang ini saya ingin bertanya kepada anda semua.....Siapa HARAMJADAH sebenarnya????
GELORA SAHAM FGVH
oleh Mazlan Aliman
Bila saya dedahkan beberapa hari lalu mengenai pinjaman saham FGVH melalui FB, saya menerima terlalu banyak respon mengenainya. Suka saya jelaskan, mereka yg terselamat adalah peneroka yg tidak menandatangani apa2 perjanjian pinjaman dengan bank samada perjanjian yang pertama dan blue form.
Sehingga hari ini masih tidak diketahui status pinjaman pertama manakala notis bayaran balik blue form berjumlah 800 unit atau RM3640 telah mula dihantar kpd peneroka atau pentadbir/waris. Saya sarankan agar semakan dibuat kerana interest atas pinjaman telah mula dikira setiap hari selagi pinjaman tidak dibayar.
Adalah malang rata2 peneroka atau waris yg menemui saya menyangka 800 unit saham FGVH yg mereka dapat adalah percuma. Mereka keliru kerana istilah yg digembar gemburkan adalah durian runtuh. Mereka menyumpah bila terima penyata pinjaman dari bank terbabit.
Sebab itu dari awal lagi saya telah mengingatkan para peneroka dan waris agar berfikir banyak kali sebelum sign apa2 borang. Jangan gopoh dan pertimbang risiko yang akan timbul. Ada seorang menantu peneroka mengadu pada saya, ipar duai dia bertengkar siapa yg nak ambil tgjawab bila bapa mereka meninggal dunia bulan puasa baru2 ini. Ada waris yang dinamakan sebagai peminjam pening kepala bila surat bank sampai; walhal yang beria2 dulu suruh sign adalah adik beradik.
Saya belum dedah lagi ada peneroka kena halau dari rumah, ada anak peneroka mati dibunuh keluarga sendiri, curi kad pengenalan ibu dan bg tau pengurus Felda yg ibunya dah meninggal dunia pasal nak ambil duit RM15k dan berbagai aduan yg dimaklumkan pada saya.
Dulu bila ANAK bg pandangan, orang fitnah macam2. Sampai ada yg sebut, kalau tergadai tanah pun bukan kita sorang. Main saham ni untung puluh ribu bodoh siapa yang tak ikut. Saya kata interest ni 5%, dikira setiap hari...dosa besar. Ada peneroka mengolok cakap saya, ala masuk neraka ramai2....
Maaf, saya tak ada niat nak pulang paku buah keras atau nak padankan muka peneroka...
Bahkan ANAK akan tubuh suatu taskforce utk tangani isu yg berbangkit dari saham FGVH ini. Insyaallah, taskforce yg akan dilancarkan pada 7 sept ini akan membantu peneroka dan waris yg teraniaya dan tak tau nak mengadu pada siapa.
Apapun keadaannya, ANAK tetap bersama warga Felda
Posted by pasbangi at 4:35
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment