Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 28, 2012

DAH 50 TAHUN MEMERINTAH, KEMELUT SAMPAH BUAT RAKYAT MENYAMPAH !

8 Syawal 1433H. [MOD] -

KANGAR: PAS Perlis meminta Kerajaan Negeri Perlis menyelesaikan segera

masalah pungutan sampah di negeri ekoran kemelut yang melanda antara

Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan syarikat konsesi pembersihan

Environment Idaman Sdn Bhd (E-Idaman).

Kemelut melanda apabila MPK pada 23 Ogos lalu mengumumkan untuk menamatkan

perkhidmatan E-Idaman yang didakwa gagal memenuhi tahap pencapaian dan

melanggar perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini.

Bagaimanapun E-Idaman meneruskan kerja kutipan sampah pada 24 Ogos

walaupun lori-lori sampah mereka dihalang untuk memasuki tempat pelupusan

sampah di Padang Siding, Arau.

Pengurusan syarikat itu memutuskan untuk meneruskan perkhidmatan mereka

berikutan pembuangan sampah dan sisa pepejal yang meningkat secara

mendadak pada musim perayaan.

Sementara itu, MPK memaklumkan bahawa buat sementara waktu ini,

kerja-kerja pengutipan sampah akan diserahkan kepada sebuah syarikat

swasta yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pembersihan.

Mengulas isu ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan (gambar

atas) berkata tindakan MPK itu tidak wajar kerana mereka belum melantik

sebuah syarikat yang akan menggantikan E-Idaman.

Menurutnya, maklumat yang beliau perolehi, syarikat yang akan mengutip

sampah buat sementara waktu ini adalah sebuah syarikat sub-kontraktor yang

bekerja dengan E-Idaman juga.

"Hari tu saya hairan kenapa MPK buat keputusan tidak membenarkan lori

sampah E-Idaman buang samaph di Padang Siding? Kalau tak pergi buang di

situ ke mana mereka nak buang sampah tu?

"Dengan melantik kontaktor semnetara ini, saya ingat jangan sampai jadi

macam orang-orang dulu sebut 'ibarat buang kentut ambil tahi'. Pergi ambil

yang baru nak bagi busuk lagi keadaan," katanya yang juga Ahli Dewan

Undangan Negeri Simpang Empat.

Tegasnya lagi, PAS Perlis memandang serius isu ini kerana melibatkan

kepentingan rakyat Perlis serta kesihatan mereka.

"Kenapa ditamatkan kontralk E-Idaman secara mengejut. Jangan sampai nak

jaga kepentingan syarikat tertentu sampai kita menyusahkan rakyat.

"Kita harap agar isu ini diselesaikan segera secara dan baik. Jangan biar

rakyat yang menjadi mangsanya nanti,"ujarnya lagi.

harakahdaily/-

No comments: