Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 27, 2012

BN PUNAH , DR ONG MASUK PAKATAN RAKYAT !

Penganalisis politik terkenal, Dr Ong Kian Ming, 37 tahun, hari ini secara rasmi menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Borang permohonan menyertai parti komponen dalam Pakatan Rakyat itu diserahkannya sendiri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Sains Politik dari Universiti Duke dari Amerika Syarikat dan juga ijazah yang sama dalam bidang ekonomi dari Universiti Cambridge serta ijazah dari London School of Economics, kedua-duanya di United Kingdom, Ong juga merupakan pensyarah di Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI) di Cheras, beliau berkata sudah sampai masanya beliau bersama-sama membuat perubahan untuk Malaysia yang lebih gemilang.

Keputusan beliau hari ini menyertai DAP, sekali gus memberikan lonjakan semangat kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Buat masa ini beliau sedang mengambil cuti sabatikal bagi menyiapkan laporan akhir penemuan kajiannya yang dikeluarkan oleh sebuah NGO, Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP) sehingga hujung tahun ini.

9 comments:

usin said...
This comment has been removed by the author.
usin said...

assalam. apa la admin ni. sepatutnya admin kaji kaitan dr ong masuk dap dan tidak memilih parti dlm komponen bn. dlm soal dominasi parti, dr ong memilih dap kerana percaya bahawa dominasi dap dlm pr baik untuk kelangsungan atau survival politik kaum cina. admin lupa dr ong org cina? dlm bn, umno adalah dominan, so gerakan atau mca kurang sesuai utk survival org cina pada pandangan dr ong. itu pandangan peribadi beliau. saya rasa kemasukan dr ong dlm dap secara langsung menjawab apakah kedudukan pas dlm pr. pas bukan dominan dan akan selalu mengikut dan jadi pak turut dap & pkr. so, kemana pulak hala tuju org Islam dan melayu. sokong dominasi dap dlm pr atau imbanginya melalui parti melayu Islam yg telah dominan? wallahua'lam...

Anonymous said...

PAS kelihatan semakin tenggelam dan sentiasa mengagungkan pemimpin parti lain daripada Pimpinan parti sendiri, suara Ulamak sudah tidak lagi kedengaran PAS semakin takut untuk berkata benar dan sentiasa ingin memecahbelahkan umat. Apa yang sering dilaungkan hanyalah kuasa & Putrajaya InsyaAllah PAS akan tewas teruk dalam pilihanraya akan datang

Anonymous said...

DAP dominan dgn cina... mentaliti umno. . karpal tu cina? n ramai lagi yg bukn cina dlm dap berbnding mca absolutely cina mana yg dominan. . ker mentaliti akn buat state juga pas dominan cina, pkr dominan cina... mklumlah otak da tak brp sihat

hussin said...

dua komen pertama di atas adalah dari graduate uni biro tata negara. fullstop.

zul_neem said...

assalamualaikum

Adakalanya,atau setiapkala,atau seringkali atau bila-bila masa atau memang bagitu bagi orang yang ada ilmu,bijaksana,bercita-cita besar,otak tajam dan berakal,ingin maju ,rajin,sangup mati demi kebaikan dan paling penting takmau ditipu buta-buta lagi diperalatkan mempunyai vision yang jelas dan objektif dalam kehidupan dunia untuk memilih platform atau pentas bagi mempamer dan mempersembahkan bakat,jatidiri,keupayan dan kebolehan supaya dapat dimanfaatkan dan digunakan oleh manusia am.Dimana kedudukan mereka didalam institusi masyarakat dan alam persekitaran dunia benar-benar dapat menerima mereka untuk kearah kejayaan membina tamadun dan budaya bangsa.Manusia agong yang berjaya dalam senario ini ialah para nabi dan para ulamak Islam serta orang-orang yang mengikut langkah-langkah mereka sama ada yang islam maupun yang bukanIslam.Dr Ong yang mempunyai ilmu dan kepakaran serta kebolehan sudah pasti mempunyai pendirian untuk membakar dirinya demi kebaikan bangsanya yang hidup berjiran dengan bangsa-bangsa lain ditanah tumpah negaranya yakni malaysia agar bangsanya dapat sehidup semati dengan bangsa-bangsa lain untuk membina negara yang baik,aman,berkebajikan,adil dan hormat menghormati.Jadi pentas politik dia pilih dan DAP menjadi platform dia.Mungkin ia boleh memilih MCA or MIC or United Malay Nasional Organisation(UMNO)pentas politiknya tetapi bila ada para ahli-ahli ilmu atau ilmuan upahan yang ada dari kalangan parti barisan nasional yang mengatakan Malaysia atau Tanah Melayu tidak pernah dijajah penjajah Great Britain mungkin serba banyak telah mempengaruhi hawanfsunya untuk kearah mereka(Barang Naik(BN)).Pakatan rakyat memberi kelesaan kepada para ilmuan dan memberi penghormatan kepada mereka untuk membina negara bukan disuruh menjadi lanun,perompak,perasuah,kebas sana-sini atu YES men.Belajarlah apa itu Tahalul siasi dan sepak terajangnya barulah boleh sebut pasal dominan,matalamat dan tujuannya.Jika tidak tahu tanyalah kepda ahli-ahli Pas dan pimipinannya atau berdiam sahaja sehingga diberitahu oleh orang-orang yang boleh dipercayai lagi benar beritanya.wallahualam.

Anonymous said...

Yang pasti DAP lebih bijak dari PAS kerana berjaya menutup mulut Presiden PAS daripada terus meperjuangkan hudud yang kedengaran hanyalah daripada ahli bawahan sahaja tetapi tidak presiden PAS, beranikah Presiden PAS dengan tegas mengatakan kami akan memperjuangkan hudud secara terbuka & memasukkan agenda ini dalam buku jingga Pakatan Rakyat?Bukankah buku jingga itu yang menjadi panduan Pakatan Rakyat kenapa tidak Al-Quran & Hadis yang dijadikan Panduan. Dalam situasi sekarang tidak boleh dinafikan Barisan Nasional adalah lebih baik dari Pakatan Rakyat kerana mempunyai agenda yang jelas berbanding Pakatan Buku jingga yang masih kabur. Situasi sekarang ialah Pakatan lawan Barisan bukan lagi PAS lawan UMNO, jika dahulu PAS bersendirian lwn UMNO sudah tentu PAS ada sedikit kelebihan tetapi pilihan sekarang menjadi makin mudah kepada masyarakat Islam/Melayu kerana perlawanan hanyalah antara Pakatan & Barisan, sudah tentu Barisan lebih baik kerana dalam Pakatan semuanya hendakkan kesamarataan yang mana tidak berada dlm konteks keadilan sebenar. Keadilan dlm konteks sebenar ialah meletakkan sesuatu ditempat yang sepatutnya bukannya menyamaratakan seperti yg dimahukan oleh DAP & PKR

Anonymous said...

KENAPA PAS SUSAH SANGAT NAK BERBAIK DENGAN UMNO SEDANGKAN UMNO JUGA DITERAJUI OLEH ORANG ISLAM YG MENGUCAP SYAHADAH SEPERTI DIKATAKAN OLEH SAUDARA NASHARUDIN?

JIKA JAWAPANNYA UMNO MENOLAK ISLAM ADAKAH PKR & DAP MENERIMA ISLAM?

DATUK SERI ANWAR JUGA SECARA TERANG MENOLAK UNDANG-UNDANG SYARIAH MENGAPA PAS TIDAK MEMBANTAH?

KENAPA PAS PERLU TAKUT DENGAN DATUK SERI ANWAR KERANA BELIAU JUGA MEMERLUKAN SOKONGAN PAS DI PERMATANG PAUH?TANPA SOKONGAN PAS ANWAR TIDAK AKAN MENANG DI PERMATANG PAUH, SEBAB TU AKHIRNYA ANWAR LANTIK JUGA DATUK SALLEH MAN SEBAGAI YDP MAIPP.KENAPA PADA MULANYA TIDAK DILANTIK SEBALIKNYA YB PKR YANG DIPILIH. ANWAR MENYEDARI BAHAWA SUDAH TERDAPAT GERAKAN UTK MENJATUHKAN BELIAU DI PERMATANG PAUH OLEH PENYOKONG PAS.SITUASI DI PERMATANG PAUH ADALAH TERBAHAGI KEPADA 3 PUAK DIMANA PUAK PKR, PAS & BN, JIKA ANWAR GAGAL MENDAPAT SOKONGAN PAS BELIAU SUDAH SEMESTINYA AKAN TEWAS KERANA PENYOKONG PKR SAHAJA TIDAK MAMPU MEMENANGKAN BELIAU. PARLIMEN PERMATANG PAUH TERBAHAGI KPD 3 DUN IAITU PENANTI (DATO' MANSOR PKR), PERMATANG PASIR (YB SALLEH MAN PAS) & SEBERANG JAYA ( DATUK ARIF SHAH BN) JADI JIKA PAS TIDAK MENYOKONG ANWAR MAKA BELIAU AKAN TEWAS, SEBAB TU ANWAR BERMAIN TARIK TALI DENGAN PAS DGN PADA MULANYA BERJANJI UTK MEMBERI JAWATAN YDP MAIPP KPD DATUK SALLEH JIKA MENANG PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PASIR TETAPI SEBALIKNYA BERLAKU DGN YB MALIK DARIPADA PKR YG DILANTIK.

zul_neem said...

assalamualaikum

segala teori dan sinopsis yang diberi tidak sehaluan dengan strategik yang bijak dari pimpinan Pas yang berani berada didalam pakatan rakyat bersama dengan parti Dap dan PKR kearah membentuk gelombang rakyat untuk menguasai Putra Jaya atas nama demokrasi demi mengganti Umno dan BN yang telah memberi mandat lebih 50 tahun membentuk kerajaan.Sampailah masa dengan kekuatan menguasai empat negeri dan mengurangkan majoriti beberapa buah negeri seperti melaka terengganu, negeri sembilan serta memecah kubu UMNO diJohor bersama dengan meniup angin perubahan yang kencang di Sabah dan Serawak maka dengan nama Allah yang menjatuhkan kerajaan Firoun tidak ada yang mustahil UMNO dan Barisan nasiaonal akan mengambil alih menjadi pembangkang yang baik bersama tranformasi yang dibawa itu.Perbedaan Pakatan rakyat amat ketara dengan barisan nasional dalam meletak sudut keadilan didalam pentas politik didalam keadaan polimik demokrasi yang digangu gugat oleh pemerintah.Teori dan sinopsis yang baik adalah berdasarkan elemen-elemen dan bukti-bukti yang telah menjadi sejarah dan baik buruk yang diterima oleh rakyat.Maka rakyat adalah kuasa sebenar yang membuat pilihan hala tuju negara.