Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 14, 2012

10 TAHUN BARU DAPAT 6%?


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat berbanding 5.8 peratus pada 2010.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, kadar dividen itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya berbanding RM21.61 bilion untuk tahun kewangan 2010.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata, tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion iaitu meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

2 comments:

RojakPasembor said...

Semakin hampir PRU, semua dividen naik.

Anonymous said...

Tapi hanya satu BN/UMNO tak naikkan semula ialah pampasan kematian ahli KWSP dulu RM30,000 telah dikurangkan oleh Tun Mahathir kepada RM3,000 sahaja.
Pakatan Rakyat perlu kembalikan semula jumlah pampasan ini atau tambah kepada RM50,000 kerana ini dapat membantu waris/isteri terutamanya meneruskan kehidupan sementara cari kerja .harap semua faham.