Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri seharusnya memahami suara hati seluruh rakyat, dan bukannya hanya menjaga kaum Melayu. Liow menambah, seandainya Muhyiddin memahami teori ini, maka beliau tidak akan mempersoalkan mengapa MCA tidak faham perasaan masyarakat Cina.
Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dipetik Sin Chew Daily (gambar kiri) berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Makanan Antarabangsa Tahun 2012, semalam. Menurut laporan, Liow berkata, pimpinan MCA dengan jelas memahami perasaan masyarakat Cina, pada masa yang sama akan terus menyuarakan pandangan dan permintaan kaum Cina melalui pelbagai saluran termasuk kabinet.
Beliau berkata, pimpinan MCA sedia ada cuba memastikan kaum Cina akan mendapat layanan yang lebih adil, dan memastikan kerajaan melaksanakan dasar secara lebih menyeluruh.
"Dasar yang tidak adil terhadap masyarakat Cina dulu telah diperbetulkan secara beransur-ansur, dan apa yang belum tercapai, kami akan mempercepatkan langkah, untuk memastikan dasar negara lebih terbuka."
Menurut laporan Sin Chew Daily pada hari ini, Liow Tiong Lai menegaskan bahawa apa yang ingin dilihat masyarakat Cina adalah dasar yang adil dan untuk seluruh rakyat.
"Jadi saya percaya Muhyiddin semestinya memahami idealisme ini. Beliau selaku Timbalan Perdana Menteri mestilah membela seluruh rakyat, dan bukan hanya menjaga kepentingan kaum Melayu. Seandainya beliau memahami teori ini, maka beliau tidak akan tanya mengapa MCA tidak memahami perasaan masyarakat Cina."
Di samping itu, Liow Tiong Lai merakamkan penghargaannya terhadap Perdana Menteri Najib Razak yang mencanangkan gagasan "1Malaysia", malah menganggap gagasan tersebut adalah adil dan memperlihatkan kepelbagaian. Liow yakin bahawa seluruh rakyat Malaysia akan menyokong PM Najib.
*Laporan yang dirujuk adalah berita yang dimuatkan pada mukasurat keempat, Sin Chew Daily, 17 Julai 2012.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment