Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, July 27, 2012

SELEPAS GANAS RAKYAT DIDAHULUKAN MAKA TANGGUNGJAWAB PADA MANGSA RAKYAT WAJIB DIDAHULUKAN

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu bertanggungjawab terhadap keganasan perhimpunan aman BERSIH 3.0 yang telah mengakibatkan Asrul Wadi Ahmad, 27, buta sebelah mata akibat ditembak dengan gas pemedih mata polis.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan agar memberi pampasan seumur hidup kepada Asrul yang juga seorang jurutera mekanikal.

“Sebelum insiden tersebut, penglihatan Asrul sempurna 20/20 tetapi kini tahap penglihatan mata kanannya hanya 15 peratus. Akibatnya, beliau mungkin tidak boleh diambil bekerja sebagai jurutera mekanikal walaupun mendapat ijazah dalam kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Tun Hussein Onn dalam bulan Februari,” katanya.

Menurutnya, Asrul telah berunding dengan dua hospital swasta serta tiga hospital kerajaan ttapi malangnya diberitahu bahawa kecederaan yang dialami pada mata kanannya adalah serius malah penglihatannya tidak dapat dipulihkan semula melalui prosedur perubatan.

“Mata kanan Asrul telah diberi sembilan jahitan dan dua lagi bagi kecederaan yang dialami dibawah hidungnya,” jelasnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu berkata, mengimbas kembali kejadian pahit yang berlaku Asrul bersama ayah dan adik lelakinya melarikan daripada semburan air di Jalan Tun Perak menuju ke Masjid Jamek untuk berlindung.

“Apabila beliau keluar daripada Masjid Jamek dalam keadaan berpusu-pusu dan terpisah dari adik dan ayahnya ketika itulah, beliau terkena tembakan kanister dan jatuh,” katanya.

Beliau yang memetik laporan media online berkata, kanister gas pemedih mata tersebut telah diarahkan dan ditembak terus kepadanya, kemudian orang ramai yang berada di sekitar membawa beliau
mendapatkan bantuan kecemasan paramedik yang datang dengan ambulans kemudian membawanya ke hospital.

Kit Siang berkata, sekiranya Hishammuddin tidak bersedia untuk mengambil inisiatif menggesa kerajaan untuk memberi pampasan kepada Asrul, satu kempen di seluruh negara harus dilancarkan. – Roketkini.com
Dicatat oleh ELBI RISALAH

No comments: