Polis pula mengamuk ........
SEREMBAN - Seorang inspektor polis berusia 32 tahun telah mengamuk dengan mencederakan dua pekerja hotel serta merosakkan beberapa kereta di Seremban 2.
Difahamkan pegawai polis yang bertugas di Bahagian Jenayah Komersial ini telah pergi ke hotel pada malam Isnin lalu untuk menempah bilik sebelum keluar mengamuk beberapa jam kemudian.
Menurut sumber yang menceritakan kejadian yang berlaku, pegawai itu telah menyerang kakitangan hotel berkenaan dipercayai berpunca daripada pertengkaran berkaitan penggunaan senjata.
Suspek kemudiannya berlari keluar dan merosakkan beberapa kereta yang diparkir berhampiran.
"Dua pekerja hotel telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang teruk," kata sumber.
Pihak berkuasa juga sedang menyiasat bagaimana suspek memperolehi senjata kepunyaan anggota polis lain padanya.
Pegawai polis tersebut telah menyerahkan senjata miliknya pada awal bulan ini, dipercayai berada di bawah pengaruh dadah
by Mimpi Senja
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Rakyat marhaen selalu jadi mangsa pak polisi.
Post a Comment