Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, July 20, 2012

PM 'PEMURAH', 14,254 IMAM DAPAT JUBAH !

SERDANG - Jumlah imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ditawar mengerjakan haji di bawah penajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun ini dinaikkan kepada 400 orang berbanding 111 orang tahun lepas.
Komen : Agak-agak sapa pembekal kain utk buat jubah ini??? Apa lagi PM nak bagi, syorkan cepat ! Tak lama lagi BN nak umum bajet bulan 9. BR1M 500 dah, RM100 anak sekolah dah ,TR1M dah, Klinik, kedai 1Malaysia, Kedai kain , RM5000 utk peneroka dan kini imam dan ajk masjid. Pas nie pemandu bas, pemandu lori , segala pemandu kena minta tayar 2 biji. Dengonyer rakyat nak minta minyak makan dan minyak petrol !Malaysia plak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu semasa berucap di Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara bersama Perdana Menteri di Dewan Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang di sini semalam.

Beliau turut mengumumkan pemberian kain kepada 14,254 imam dan 138,746 anggota jawatankuasa masjid di seluruh negara untuk dibuat jubah di samping dua tong air zam-zam kepada setiap masjid.

Menurutnya, kain dari jenis yang cukup berkualiti itu dipilihnya sendiri dan diberi awal agar penerima dapat membuat jubah khas untuk dipakai pada 1 Syawal nanti.

Najib berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat soal kebajikan rakyat termasuk para imam dan guru-guru agama yang bekerja keras berjuang demi memartabatkan syiar Islam di seluruh pelosok negara.

No comments: