Ketua Umno Nih Sudah Insaf.. Ikuti Pengakuannya
Komen : Teman mengucapkan syukur alhamdulillah pada Allah kerana kuasa Allah dan doa dan solat hajat dan istikharah kita orang Islam akan mengubah pendirian orang UMNO walau mereka sudah berumur lebih 60 tahun dan orang kata berdarah UMNO kaalau ditoreh kulit mereka.
JENGKA - Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS. Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran. Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula.
“Saya pilih PAS kerana perjuangan ini berasaskan perjuangan rasulullah S.A.W dan PAS ingin memerintah negara berasaskan sunnah,” katanya.
Beliau berikrar akan menggunakan pengalamanya untuk membantu PAS menang dalam pilihan raya ke umum ke -13 akan datang.
Beliau merayu rakan-rakannya yang masih bersama Umno supaya jangan ragu-ragu untuk bersama PAS.Posted by Addin at 7/06/2012
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Alhamdulillah!
Post a Comment