Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, July 17, 2012

CEO GAJI RM5 JUTA TAPI KANTOI URUS AIR ?

SYABAS sebuah syarikat memperdagangkan air ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji CEOnya Tan Sri Rozali menjangkau RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan (itu belum masuk perbagai elaun keistimewaan) hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.
Tiba-tiba tak berdaya untuk menyelesaikan masalah kekurangan air walaupun air di 7 empangan melimpah ruah. Apa punya maruah.Asyik mentekedarah.
Memang patut MB Selangor ambil alih segera.Kalau bagi teman pun ,bayar gaji RM20,000 sebulan tanpa elaun-elaun lain atau bonus pun teman insyallah boleh kendalikan Syabas. Kenapa tamak sangat manusia ini? Hanya mengendalikan air yang tak perlu dibeli lepastu tiada saingan dan bila kos meningkat asyik naikkan kadar.Punya senang kerja nak gaji banyak bagai nak rak. Bila bagi air percuma pada rakyat kata kerajaan nak bengkrap.

http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/2010/11/zul-kulim-pernah-kira-gaji-ceo-syabas.html

SELANGOR MAHU “STEP-IN” OPERASI SYABAS
KENYATAAN AKHBAR
16 JULAI 2012

SELANGOR MAHU “STEP-IN” OPERASI SYABAS

Masalah kekurangan air tidak sepatutnya berlaku dan kerajaan Negeri Selangor meragui pengumuman cadangan catuan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) kerana Pengawal Selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah SYABAS tidak dimaklumkan.

Untuk menjaga kepentingan rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah meminta Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pengawal Selia Air Negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh SYABAS. Jawatankuasa ini akan minta SYABAS memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan air semasa.

Sementara itu, Konsortium ABASS juga akan diminta menyertai jawatakuasa ini yang mana syarikat itu akan memanggil pakar bebas yang berpengalaman semasa krisis air 1998 untuk memantau kesahihan laporan dan maklumat oleh SYABAS.

Perlu ditekan di sini, keadaaan sekarang tidak boleh disamakan dengan krisis air pada 1998 kerana tujuh empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup dan melimpah.

Kerajaan Negeri menggesa supaya proses penstrukturan semula industri air diteruskan dengan segera kerana SYABAS jelas tidak berkemampuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna.

Ini jelas ditunjukkan apabila SYABAS setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 billion. SYABAS juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20%. Tambah pula, laporan awal audit mendapati SYABAS tidak melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) mereka dengan baik.

Berdasarkan alasan di atas, maka Kerajaan Negeri telah sebanyak dua kali menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan pada 19 Disember 2008 dan 21 Januari 2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi tersebut.

Oleh kerana Kerajaan Persekutuan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat-surat tersebut, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan mengunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri “step-in” dalam operasi SYABAS.

Kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha mencari sumber air alternatif seperti air tanah dan menambah baik kapisiti loji rawatan air sedia ada dengan mengguna pakai teknologi terkini.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


No comments: