Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, July 31, 2012

BAB INI UMNO TERLALU HUDUH DAN BUDUH !

Pasal Hudud UMNO/BN mainkan sentimen untuk memburukkan perjuangan PAS mendaulatkan Hukuman Hudud bagi mengurus tadbir kerajaan yang baik terutama menghadapi kes sosial dan teknologi tanpa sempadan sekarang.
Mereka (UMNO) sanggup menggunakan media menemubual individu yang tidak mahu hudud bukan sahaja. Kenapa tak temubual dan disiarkan yang sokong hudud di dalam media elektronik? Sikap UMNO yang menunjangi BN ini amat JAHAT dan ZALIM serta MENDERHAKA kepada ALLAH dan RASUL kerana meremehkan hukuman hudud yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Hukuman hudud buat dilakukan atau dilaksanakan atas sokongan individu tetapi melalui Pemerintah yang mengangkat Al-QURAN sebagai rujukan dan panduan hidup.
Di dalam bulan Ramdan yang mulia ini sanggup mereka (UMNO/BN) menidakkan Hudud disebabkan ada pemimpin bukan Islam yang tidak setuju Hudud dilaksanakan.

Isu Hudud - Biar Rakyat tentukan, bukan Karpal

KOTA BHARU - Biarkan pelaksana hukuman hudud ditentang keras Pengerusi DAP Karpal Singh, Pas Kelantan menegaskan hanya rakyat berkuasa menentukan dasar kerajaan termasuk pelaksanaan undang-undang Islam.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, situasi itu berlaku melalui sistem demokrasi khususnya pilihan raya.

“Dalam soal ini, rakyat memainkan peranan utama, contohnya, Pas tidak bersetuju perjuangan menegakkan negara sekular, tetapi kita hendak halang macam mana sebab rakyat yang menentukan perkara itu,” katanya kepada pemberita.
Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini biarpun mengakui Islam agama rasmi negara mengikut perlembagaan.

Dalam kenyataan itu, Karpal berkata, kenyataan itu adalah pendirian DAP bukan pandangan peribadinya.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah itu menegaskan Pas akan tetap berjuang secara berterusan menegakkan syariat Islam biarpun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan dasar perjuangan parti itu.

“Bagi memperjuangkan agenda Islam seperti yang Pas bawa ini pun rakyat yang boleh menentukan kejayaan ia. Tetapi kita tidak akan berhenti memperjuangkan Islam, semata-mata sebab ada orang yang tidak bersetuju. Di sini usaha kita ialah berterusan memberi penjelasan kepada rakyat dan biar rakyat membuat keputusan,” katanya.

Mohd Amar yang dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa teknikal hudud Kelantan menyifatkan penentangan daripada Karpal itu bukan suatu perkara yang luar biasa memandangkan Umno sendiri tidak menyukai pelaksanaan hukum itu di negara ini.

Malah beliau berkata, MCA turut menolak undang-undang Islam itu dengan menyuarakan hasrat akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), sekiranya Umno menyokong hudud.

“Dari segi politik bukan satu benda yang pelik sebab MCA sendiri pun menentang undang-undang hudud dan bila Adun Kemelah mencadangkan supaya Johor melaksanakan undang-undang hudud, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menggunakan istilah keras, jadi saya rasa lebih teruk lagi dari DAP,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Amar berkata, Pas menghormati pendirian DAP tersebut dan tidak menjangkakan DAP boleh menerima secara terbuka memandangkan berkemungkinan tidak memahami sepenuhnya tentang hukum tersebut.

5 comments:

Anonymous said...

YA ALLAH YA TUHANKU....!!!!! ENGKAU HANCURKANLAH PARTI UMNO JAHANAM INI DARI BUMI MALAYSIA DAN DUNIA... SELAMA-LAMANYA....!!! AMIINNN...!!!

Anonymous said...

Aaaammmmiiinnnnn.......

dinbangi said...

Begitu hina UMNO di mata dan sanubari PAS. Hakikatnya adalah seperti berikut:-

1. PAS lahir dari rusuk UMNO yang memang mengharapkan sumbangan mereka dalam pemerintahan negara. Ketidaksetujuan mereka kepada satu perkara yang bersifat 'darurat' membuatkan mereka keluar dari UMNO.

2. UMNO menghormati kemahuan kumpulan ini dan memudahkan urusan termasuk pendaftaran dan juga satu ketika dulu 'keahlian dua parti'.

3. Setelah ditubuhkan PAS tercari-cari arah tuju perjuangan.

4. Pada akhir-akhir tahun 1960'an mereka menjalin hubungan 'rahsia terbuka' dengan DAP untuk memenangi pilihanraya 1969.

5. Kejadian 13 MEI 1969 MENYEDARKAN PAS dan PAS bersedia mengangotai BN kerana menyedari keperluan Melayu-Islam bersatupadu dalam menghadapi dakyah DAP yang mencabar Melayu dan Islam secara politik dan penyusupan minda.

6. Semasa dalam BN PAS terus membina kekuatan sendiri tanpa menghiraukan UMNO sehinggalah mereka keluar dari BN walaupun UMNO dukacita dengan perkara itu.

7. Antara kejayaan kerjasama minda UMNO dan PAS semasa dalam BN adalah penubuhan Yayasan Dakyah Islamiah Malaysia (YADIM) yang kini terus berkembang sebagai sebuah organisasi dakwah negara. Kalau saya tak silap YAB Nik Aziz adalah salah seorang Pengarah YADIM ketika itu.

8. Dalam anggapan 'UMNO yang kurang Islamik' UMNO terus bergerak membina kekuatan syariah Islamiah dan ekonomi umat Islam Malaysia.

9. Pengukuhan Perundangan Islam bermula di negeri-negeri sehinggalah kini yang semakin seragam dan juga pengiktirafan Mahkamah Syariah merupakan usaha murni UMNO yang terus laksanakan setiap hari.

10. UMNO juga mengusahakan penubuhan WAKAF nasional dan WAKAF dunia yang bermula dari 'kosong' dan kini mula menunjukkan kesan positifnya.

11. Ini tidak termasuk penubuhan Bank Islam yang sehingga kini Malaysia merupakan 'pemimpin' dalam industri ini dalam dunia. Ramai pakar-pakar 'Islamic Banking and Takaful' yang kini bertugas di seluruh pelusuk dunia dengan pendapatan lumayan. Samada mereka membawa 'bendera Malaysia' atau tidak, terpulanglah pada diri masing-masing.

12. Mungkin pahit bagi PAS untuk mengkui bahawa majoriti kepimpinan dan pengikut mereka lahir dari perbagai Pusat/Institut/Kolej/Universiti Islam yang UMNO gerakkan dan bina di seluruh negara.

13. Mungkin ramai pemimpin dan ahli-ahli PAS yang tidak mengetahi bahawa anak-anak mereka ketika ini setiap hari belajar Jawi, membaca Al-Quran dan pendidikan agama Islam melalui sistem JQAF di seluruh negara. Alahmdulillah, majoriti anak-anak dapat khatam Al-Quran sebelum ke sekolah menengah. Anak saya salah seorang daripada mereka. Kini JQAF akan dikembangkan di peringkat sekolah menengah pula.

14. Setiap penuntut Muslim di Kolej/Universiti juga wajib menghadiri kelas Pengajian Islam.

15. Pada hemat saya UMNO secara berhikmah tanpa setiap hari mendabik dada telah dan sedang mengemudi umat Islam di Malaysia ke arah jalan kebahagiaan dunia dan akhirat. Malahan Malaysia berada di hadapan berbanding dengan negara-negara lain.

16. Begitulah UMNO yang begitu hina dan didoakan kehancurannya setiap hari oleh PAS. Adakah itu tindakan yang betul dan benar oleh PAS?

17. Saya memang mengharapkan UMNO dan PAS boleh bersetuju dalam perkara-perkara yang boleh membangunkan umat dan syiar Islam. Perpaduan ini akan memberi manfaat yang lebih besar kepada ummah.

18. Salam harmat saya kepada semua ahli dan penyokong PAS.

zul_neem said...

assalamualaikum

Adalah lebih baik jika dibuka laman web PAS dengan klick keatas bab info kerana disana ada nukilan sejarah penubuhan PAS dan perjuangannya.Kerana sebab-sebab di numbering itu tidak bertepatan dengan apa yang diperolehi dari info sejarah penubuhan Pas dalam laman web itu.Kelahiran nya bukanlah dari tulang rusuk tapi tulang tumit dari individu-individu muslim yang tidak bersependapat dengan individu-individu nasionalis yang ada dalam parti UMNO(United Malay Nasional Organisation)dalam beberapa isu.Umpamanya kes loteri dan Natrah disingapura.Ini membuatkan individu-individu muslim seperti Tuan Guru Ahmad Fuad hasan keluar angkat tulang tumit bermufarakah keluar dari parti UMNO bersama dengan sekutunya untuk menubuhkan Pas atas semangat warisan HIsbul Muslimin yang diharamjadahkan oleh Enggeris yang pada sekitar tahun 40an dimana penaung tunggal kepada UMNO.Bab-bab DAP dengan Pas yang dinukilkan itu adalah lebih balik bertanya kepada pemimpin kedua-dua parti ini,adakah apa yang disangkakan dan difahami itu betul atau sebaliknya.Ilmiahkan sedikit persoalan-persolan yang ditimbulkan itu yang bersumberkan rujukan yang sahih dan ada kebenaran.Jangan cenderung kepada ilmu syok sendiri kerana diluar sana majority ahli-ahli Pas dan penyokongnya mempunyai daya akal yang cerdik untuk mendapat nukilan yang benar lagi sahih.salam hormat untuk saudara islam ku din bangi

PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2 said...

FAKTA UTAMA BN ADALAH DITERAJUI PARTI UMNO YANG TELAH DIHARAMKAN PAA TAHUN 1988 DAN DIHIDUPKAN SEMULA OLEH DR MAHATHIR DENGAN NAMA UMNO(BARU) BUKAN UMNO.
FAKTA BUKAN AUTA IALAH AHLI UMNO(BARU) NO 1 IAITU DR MAHATHIR TELAH KELUAR UMNO PADA TAHUN 2000an dan kemudian jadi ahli semula sehingga sekarang.