Ustaz Nor Azli dalam kuliah subuh di Bukit Sentosa menyarankan agar bantuan segera dari rakyat Islam dan Pemimpin Islam Malaysia terutamanya Pengerusi Barisan Nasional agar selemah-lemah pemimpin dapat mengutuk kekejaman MynMar ke atas orang rakyat Islamnya pun jadi.Jangan jadi Pemimpin Islam Oh I See.
Wilayah Rakhine kini berada di bawah perintah darurat dan pihak polis yang lengkap bersenjata kerap melakukan rondaan.
Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh sejak Jumaat lalu.
Keganasan terbaru di wilayah itu merupakan sebahagian kitaran serangan membalas dendam antara penganut Buddha dengan puak Islam Rohingya.
Pergolakan di wilayah Rakhine, dilihat sebagai ujiam genting terhadap proses pembaharuan Myanmar sejak pemerintahan golongan tentera berakhir di negara itu tahun lalu.
Pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia khuatir jumlah sebenar kematian mungkin lebih tinggi de ngan sebuah kumpulan sokongan yang bekerjasama dengan puak Rohingya, The Arakan Project, menyatakan, puluhan orang telah terbunuh.
Pihak berkuasa Myanmar telah melaksanakan perintah berkurung dan kawalan keselamatan yang ketat sepanjang malam di wilayah itu.
Menurut PBB, terdapat sekitar 800,000 orang Rohingya di Myanmar, dengan kebanyakannya tinggal di Rakhine, sementara sekitar sejuta lagi atau lebih anggota masyarakat itu dipercayai tinggal di luar negara.
Pada 12 Jun, sekitar 600 anggota puak Rohingya, mengadakan tunjuk perasaan di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur, menuntut agar PBB campur tangan bagi mengembalikan ke damaian di wilayah itu.
Justeru itu, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (LA DPPM) memandang serius isu pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Rohingya, Myanmar oleh tentera kerajaan Myanmar kebelakangan ini. Sehingga hari ini, dilaporkan seramai dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.
Bagi LA DPPM, serangan dan pembunuhan yang berlaku ke atas etnik Rohingya Muslim adalah suatu tindakan kejam yang terancang oleh mereka yang berdendam dengan umat Islam di sana. LA DPPM melihat isu kekejaman ke atas umat Islam Rohingya, Myanmar adalah isu sejagat yang wajib ke atas semua masyarakat khususnya umat Islam bangkit bagi membela dan menyatakan bantahan.
LA DPPM difahamkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Umat Islam di Rohingya dibunuh, diseksa, wanita diperkosa, sementara rumah-rumah dan perkampungan mereka dibakar dan peralatan mereka dirampas. Ramai mereka yang tercedara dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Malah, umat Islam di sana mereka mengalami penderitaan yang panjang seperti perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana masjid, ratusan masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment