Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, July 3, 2012

ASTAGFIRULLAH ! ORANG BERPUASA DIPUKUL PEGAWAI !

Komen : Salam menyambut Ramadhan al-mubarak, semoga semua tahanan ISA dibebaskan sebelum bulan Ramadhan yang mulia. PM pun dah kata nak bebaskan kerana nak hapuskan ISA. Berilah peluang pegawai KEMTA berpuasa dengan cara terbaik tahun ini tanpa mendera roang masa bulan puasa.

Setelah menyerahkan memorandum mendesak tindakan segera pihak SUHAKAM ke atas isu seorang tahanan ISA dipukul, isteri tahanan berkenaan iaitu Puan Nunurheni Onim membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Razali Kassan yang juga merupakan salah seorang tahanan yang menyertai mogok lapar dikatakan telah dipukul, ditumbuk dan diludah oleh pegawai kem tahanan. Maklumat tersebut disampai sendiri oleh tahanan yang berjaya ditemui oleh keluarga pada 1 Julai yang lalu.

Pada sesi pertemuan tersebut, tahanan ISA yang ditemui oleh keluarga masing-masing iaitu Mustawan dan Fadzullah sempat menyampaikan mesej yang sama kepada keluarga masing-masing mengenai Razali Kassan yang dipukul pegawai KemTa. Razali sendiri yang ditemui oleh isterinya mengakui bahawa dia dipukul tetapi tidak sampai berdarah. Dia memberitahu isterinya pegawai berkenaan membelasahnya kerana dia menyertai mogok lapar yang dikatakan sebagai menyusahkan pihak KemTa.

Razali merupakan tahanan yang dihantar ke hospital pada hari ke lapan mogok lapar kerana dilaporkan terlalu lemah setelah tidak mengambil sebarang makanan dan minuman selama lapan hari. Semasa ditemui, Puan Nunurheni mengatakan suaminya kelihatan pucat dan lemah. Puan Nunurheni juga menyatakan kekecewaannya apabila dia pernah diugut oleh Polis semasa suaminya ditahan iaitu sekiranya dia tidak berhubung dengan peguam, media mahupun NGO, suaminya tidak akan diapa-apakan. Namun suaminya tetap dipukul biarpun dia mematuhi ugutan pegawai polis tersebut.

Oleh itu, Puan Nunurheni dengan ditemani delegasi GMI dan juga peguam daripada Lawyer For liberty telah membuat satulaporan polis berkenaan suaminya telah dipukul dan juga ugutan yang telah diterima Puan Nunurheni semasa suaminya ditahan. Walau bagaimanapun, proses membuat laporan berkenaan memakan masa hampir dua jam walaupun masa sebenar yangdiambil oleh pihak polis untuk mengambil report daripada Puan Nunurheni hanya dua minit. Hal ini kerana, menurut peguam yang menemani Puan Nunurheni iaitu Farhana daripada Lawyer For Liberty, proses membuat report sedikit terganggu apabila kurang mendapat kerjasama daripada pegawai yang berkenaan daripada Kamunting.

Menurut Farhana, Pegawai Penyiasat yang akan mengendalikan kes tersebut bertugas di Kamunting, namun proses untuk berhubung dengan pegawai berkenaan terganggu apabila pihak dari Kamunting mengatakan tidak boleh menjawab panggilan telefon kerana kilat. Akhirnya proses membuat report hanya selesai pada pukul 3.40 petang.

*Syed Ibrahim Syed Noh ialah Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Syukri Razab ialah Penyelaras SUARAM.

No comments: