36 Jalan di ibukota akan ditutup...pengusaha teksi tak rugi ke...???.
masa BESRSIH 3.0 yang lalu 6 jalan sahaja ditutup pemandu teksi dan peniaga dah kepoh dan heboh akan mengalami kerugian walau BERSIH 3.0 tak suruh tutup jalan ataupun tutup kedai.
BERSIH 3.0 tutup 6 jalan untuk laluan 300,000 orang manakala KL Marathon ini tutup hingga 36 buah jalan hanya untuk jangkaan 38,000 orang (atau mungkin kurang lagi ada).
KUALA LUMPUR - Sebanyak 36 jalan utama di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dua laluan melibatkan kawasan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching dan Dataran Merdeka sempena Standard Chartered KL Marathon 2012 pada 24 Jun ini.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata penutupan jalan itu bagi memastikan acara tersebut berjalan lancar dan menjaga keselamatan peserta yang dijangka seramai 28,000 orang.
Acara bermula di Dataran Merdeka.
"Kita akan menempatkan 400 anggota, pegawai dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memantau keadaan dan jalan akan ditutup secara berperingkat 15 minit sebelum pelepasan pertama dibuat iaitu pukul 4.00 pagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya orang ramai dari Kepong yang ingin memasuki pusat bandar boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Kuching dan Jalan Sultan Ismail manakala pengguna dari Kajang boleh melalui Jalan Kuching dan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Loke Yew.
"Mereka dari lebuh raya Seremban boleh menggunakan Jalan Tun Razak, bulatan Sungai Besi, Jalan Loke Yew dan Jalan Sultan Ismail manakala dari arah Setapak boleh menggunakan laluan di bulatan Pahang," katanya.
Katanya sebagai persiapan bagi program tersebut, Dataran Merdeka akan ditutup pada 22 Jun bermula pukul 10 malam sehingga berlangsungnnya program.
Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Raja, Jalan Hishamuddin, Bulatan Hishamuddin, Jalan Damansara, Jalan Travers, Jalan Tun Sambathan, Jalan Syed Putra, Jalan Lingkaran Tengah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Sg. Besi, Jalan Istana, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Loke Yew, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Bulatan Segambut, Jalan Kuching, Jalan Duta, Jalan Langgak Tunku, Jalan Tunku, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Salehuddin, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen dan Jalan Raja Laut, Jalan Semarang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Katanya jalan akan dibuka semula selepas Marathon itu selesai pada 12 tengah hari, 24 Jun. - Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment