Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 26, 2012

TAHNIAH PEMUDA UMNO PERLIS ,WALAU TINDAKAN KAMU DIPANDANG SINIS

Teman ucapkan tahniah pada pemuda UMNO Perlis yang baru rasa perasaan meragui moral pemimpin mereka yang cuba tampil dengan gelaran dari Amerika yang canggih agar dipandang tinggi. Walaupun tindakan pemuda UMNO ini terlewat 5 tahun ke belakang namun kita harus puji kesedaran yang terbit namun jangan disebabkan perebutan menjadi calun alasan sebenar. Banyak lagi pemuda UMNO kena siasat dan selidik terutama penglibatan rasuah dan pengambilan komisyen dan tender tertutup yang berlaku dinegeri itu. Negeri kecil cili padi tapi hutang lebih besar dari sawah padi.
Pemuda kena kaji ruginya dan tertindasnya bila kerajaan menambah masa bagi kakitangan awam sehingga umur 60 tahun yang boleh mengecilkan peluang pekerjaan bagi kaum muda yang ingin berkerja dengan kerajaan.
Nasihat PENTING pada pemuda UMNO samada di Perlis atau negeri-negeri lain dalam Malaysia agar tinggalkan terus UMNO yang telah uzur umur dan uzur idea yang baik untuk rakyat. Dan perlu diingat wahai pemuda UMNO dan pemuda yang lain sebagai pengetahuan am bahawa parti UMNO sekarang adalah parti UMNO(BARU) bukan yang diasaskan sebelum merdeka. Parti UMNO sekarang pernah diharamkan pada tahun 1988 (betulkan jika teman silap). Dan parti UMNO(BARU) yang baru berumur 24 tahun dengan muka tak malu menggunakan nama UMNO. Hanya parti UMNO yang pernah diharamkan tetapi tidak parti PAS, PKR, DAP serta parti yang baru berjinak dengan PR iaitu MCA dan MIC dan PBs. SEDEMIKIAN ! TINGGALKAN UMNO DAN SOKONGLAH PAKATAN RAKYAT !.


Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan status Phd milik Mohd Isa.

KANGAR: Seorang ahli Pemuda Umno Arau membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengenai status ijazah doktor falsafah (Phd) beliau.

Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar tengah hari tadi.

“Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Amerika Syarikat.

“Saya membuat laporan ini supaya pihak polis dan kerajaan Malaysia menyiasat status Phd milik Mohd Isa atas dasar intergriti yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penghinaan akademik yang serius dan menyalahi undang-undang negara,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Atif berkata, rakyat Perlis bercakap mengenai status Phd milik Menteri Besar itu.

“Sebelum ini, kami mengadakan peraduan menawarkan hadiah RM10,000 dalam Facebook untuk membolehkan orang ramai mengesahkan status Phd tersebut.

“Bagaimanapun, selepas peraduan itu dibuat lawan web rasmi kerajaan negeri telah mengeluarkan gelaran Phd tersebut,” katanya.

Ahli Umno Pauh, Abdul Halim Sani yang hadir sama di IPD Kangar hari ini mendakwa Mohd Isa menggunakan Phd dari Universiti New Port, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, menuurt Syed Atif, universiti tersebut tidak wujud sama ada di Amerika Syarikat atau di tempat lain. -FMT

No comments: