Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, June 2, 2012

SEDIH TAK DAPAT BERSAMA NIK ZAIN SEMASA BN MUNTAH HIJAU !

Sedih sebab teman dapat kemalangan di Johor yang menghalang teman ke Kedah pada malam 31 Mei bersama Ketua Cawangan di Stadium di Alor Setar.Walaupun begitu teman redha kerana semuanya ketentuan Allah. Dan kemenangan Pakatan Rakyat di Putrajaya bagi memerintah Malaysia pada PRU13 kelak juga teman redha.
Teman juga tidak dapat saksikan secara 'live' bekas KSU Kementerian Tanah & Pembangunan Koperasi BN telah masuk menjadi ahli PAS.
Memang BN akan muntah hijau kalau media tvnya memaparkan

berita ini ke dalam media elektronik mereka.

Ribuan penyokong PAS berkumpul sejak siang hari bagi memeriahkan "Himpunan Hijau ke Putrajaya" anjuran parti itu di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Jun 2012.

KUALA LUMPUR— PAS telah menerima seorang lagi ahli baru daripada kalangan veteran bekas kakitangan tertinggi pegawai kerajaan semalam dengan penyertaan bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof.

Penyerahan borang keahlian parti Nik Zain itu dibuat dihadapan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman, akhbar Harakah Daily melaporkan.

PAS dilihat mula merekrut golongan professional bekas pegawai kerajaan untuk menyertai parti tersebut bagi membolehkan mereka menerima sokongan pengundi Melayu dengan pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Nik Zain telah menjawat jawatan sebagai KSU sejak 1998 hingga 2002 di kementerian tersebut.

Sebelum ini, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi.

Borang tersebut telah diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dalam satu majlis pengisytiharan rasmi di Larut, Perak bulan lalu.

1 comment:

XUMNO said...

Tahniah kepada Nik dari kawan lama STARIAN '66/67.Harap2 ramai lagi sahabat2 dari STAR Ipoh mengikuti jejak langkah sdra.Shaharom, Zainal, Hisham,Rahim Rahmat, etc,etc bagaimana?