Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, June 25, 2012

PRESIDEN AMERIKA UCAP TAHNIAH PADA PRESIDEN BARU MESIR ! PM MALAYSIA ?

Obama ucap tahniah kemenangan Morsi


2012/06/25
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini mengucapkan tahniah kepada Mohamed Morsi selepas memenangi pilihan raya Presiden Mesir.

Ucapan tahniah itu diberi Obama menerusi telefon dan menyatakan sokongan AS terhadap proses peralihan demokrasi Mesir.
“Beliau menekankan pentingnya kerjasama erat antara presiden baru Mesiri itu dalam konteks hubungan bersama serta memperluaskan lagi kepentingan antara Mesir-AS untuk jangka masa panjang," kata kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih.
Obama juga meminta calon presiden yang tewas, Ahmed Shafiq yang juga bekas Perdana Menteri agar terus memainkan peranannya dalam politik Mesir serta berkerjasama sama dalam kerajaan bagi membentuk perpaduan. - AFP

No comments: