Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Monday, June 18, 2012
DAPAT DATUK BELIAU KARAM MENGHENTAM
Komen : Malam semalam Karam Singh Walia yang telah bergelar Datuk bukan lagi bercakap sebagai wartawan yang perjuang hak dan keselamatan rakyat .Kini beliau sudah terlalu condong memperjuangkan keselamatan projek Lynas yang belum tentu selamat. Sewajarnya beliau tidak perlu menyebelah mana-mana pihak walaupun mendapat gelaran datuk dari Negeri Pahang yang mana lokasi projek itu berlaku. Beliau seolah-olah berkempen kerana selamba menghentam Pakatan Rakyat terutama Ahli Parlimen PKR YB Fauziah.
Datuk Karam Singh menggelar Pembangkang (Pakatan Rakyat) sebagai 'musang berbulu ayam'?
KUANTAN — Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (Daun) hari ini berhimpun secara aman di Padang Kemunting di sini bagi menyatakan sokongan terhadap usaha dan dasar kerajaan berhubung kewujudan kilang Lynas di sini.
Kira-kira 500 ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Pekida serta Badan Kebajikan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang/Beserah berhimpun di padang itu selama setengah jam bermula jam 10 pagi.
Penyelaras operasinya, Zulfadzli Shamsudin berkata, sebanyak 43 buah NGO di Pahang membentuk Daun dan mendesak agar Lynas diteruskan kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Menurutnya, gabungan itu mengutuk tindakan sesetengah pihak terutamanya pembangkang yang menyebarkan dakyah negatif mengenai projek tersebut dengan maklumat tidak tepat.
Selain itu, perhimpunan itu turut menyatakan sokongan terhadap institusi raja di negara ini. — Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment