
Komen Teman : Kerajaan BN telah menipu rakyat dengan Sejarah Negara yang tunggang langgang termasuk sejarah UMNO sendiri tidak dijelaskan sebenar pada ahlinya.
BN juga telah menggunakan media bagi menutup kebobrokan pengurusan wang negara yang teruk dan boros. Kerajaan BN juga gagal mempertahankan tanah & air negara bila dengan mudah tanpa menyesal menyerahkan Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar dengan galangganti yang merugikan dan mencurigakan. Kerajaan BN tidak bersungguh mencegah rasuah yang terus parah sehinggakan rasuah dalam UMNO diberi tanggapan bukan rasuah dan dikecualikan dari penyiasatan dan aduan SPRM.
PASIR MAS – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno dan Barisan nasional (BN) kini berada dalam zon bahaya kerana mereka mengamalkan akidah yang salah.
Beliau berkata, BN mengamalkan sistem pemerintah yang tidak berlandaskan hukum Islam dan tidak mustahil mereka akan menerima kesan buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
“Akhirnya mereka (BN) mengakui, mereka berada di dalam zon bahaya, kerana menolak Islam dan mengutamakan sistem kebangsaan yang digunakan oleh pihak Inggeris,” katanya, selepas solat Zohor bersama 300 penduduk di Kampung Kubang Agol, Chetok, di sini semalam.
Nik Abdul Aziz berkata demikian, bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan BN kini berada dalam zon bahaya.
Namun katanya, jika Umno dan BN mengikuti akidah seperti Nabi Muhammad SAW, pasti mereka tidak akan berada di dalam zon bahaya seperti sekarang.
Muhyiddin meluahkan rasa kecewa terhadap sebahagian daripada ahli BN yang mengamalkan politik wang sehingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada parti komponen itu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peraturan dan Perlembagaan Umno berkata, politik wang sebelum ini, hanya berlaku ketika proses pemilihan di peringkat tertinggi, namun ketika ini ia sudah menular sehingga di peringkat cawangan.
No comments:
Post a Comment