KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), mencipta sejarah baru apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama ‘Kg Baru’ dalam daftar pemilih pilihan raya.
Bagaimanapun nama ‘Kg Baru’ yang didaftarkan dalam laman web berkenaan dibetulkan tidak sampai sejam selepas isu itu ditimbulkan media.
Ia sekaligus menunjukkan kepincangan dalam sistem daftar pemilih SPR yang terdedah dengan penipuan.
Pada mulanya perkara itu didedahkan Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas.
Kg Baru didedahkan mempunyai kad pengenalan bernombor 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983.
Menurut daftar pemilih SPR yang telah disahkan, Kg Baru layak mengundi di DUN Hulu Besut dan kerusi parlimen Besut.
Namun apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) nombor kad pengenalan bagi pemilih yang bernama Kg Baru sebenarnya adalah milik Noraini Binti Abdullah.
Suhaizan dalam kenyataan media juga mendakwa Pemuda PAS menjumpai pemilih dari kalangan ‘pengundi hantu’ di mana nama mereka tidak terdapat dalam rekod JPN.
Beliau memberikan contoh seseorang yang kononnya bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan dikatakan pengundi di DUN Wakaf Mempelam dan kerusi parlimen Kuala Terengganu di daftar pemilih SPR yang telah disahkan.
Namun semakan di laman web JPN menunjukkan nombor yang dimasukkan tidak sah ataupun tiada permohonan mengikut nombor yang diberikan itu.
“Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan JPN melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?”
“Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos lalu di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18469
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment