Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU, KEPAYAHAN DI BAWAH BN SAPA TAHU?


SELAMAT HARI GURU buat semua insan mulia bergelar cikgu/teacher/sir/ustaz/ustazah dsb samaada yang cuti belajar atau pun yang berada dan bertugas di sekolah-sekolah PASTI, KEMAS, SEKOLAH MENENGAH, SEKOLAH RENDAH dan samada sekolah kebangsaan atau jenis dan sekolah agama rendah dan tinggi serta sekolah swasta. Tak lupa juga buat semua makcik-makcik kantin seluruh dunia yang telah memberi tenaga kepada guru-guru semasa waktu rehat; walaupun tiada hari makcik kantin. Dengan ucapan kekalkan harga karipap walaupun petrol naik harga.

Sapa tahu bagaimana teruknya Kementerian Pelajaran Malaysia menyusahkan kaum cikgu?
Ramai terseksa dalam masa bertugas mengurus dan mendidik anak setiap bangsa dalam Malaysia ini.
Dalam menjayakan slogan politik BN iaitu pelajaran percuma dan soalannya di mana percumanya?
Buku percuma memang.. selepas ditekan Pakatan Rakyat. Sekolah percuma? mana ada percuma sebab sekolah dibuat atau dibina oleh kerajaan menggunakan wang dari cukai. Cukai dibayar oleh rakyat.
Cuba anda aktif dalam menghadirkan diri dalam mesyuarat PIBG (Persatuan Ibu bapa guru)
dan anda akan tahu bagaimana kementerian seolah menyerahkan urusan dan dana untuk melakukan penyenggaraan sekolah melalui PIBG.
Sepatutnya yang bertanggungjawab ialah Kementerian dan melalui PPD. Nak beli kertas A4 pun untuk ujian dan latihan memerlukan tindakan.

No comments: