Skandal : bila projek terbengkalai oleh DRB Hicom dan tak bertanggungjawab dengan tidak membayar gantirugi malah diberi pampasan pula! pelik? Inilah kesan kerja BN yang merugikan negara dan boros guna wang rakyat bagi projek yg tak bermanaafat.Walau telah ditegur Audit negara namun Pemerintah tidak ambil endah.
KUALA LUMPUR 23 MEI – Peningkatan mendadak RM1.5 billion bagi projek Landasan Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar (EDTP) menimbulkan kemungkinan ia akan mengalami nasib serupa seperti projek landasan bahagian Ipoh-Rawang di mana kos projek meningkat lebih dari 50%.
Kenaikan mendadak sebanyak RM1.5 billion tersebut mewakili sebanyak dua belas peratus daripada kos projek, iaitu RM12.49 billion.
Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, pada tahun 2009, Ketua Audit Negara pernah mengkritik pihak pengurusan projek kerana menukar kontraktor daripada DRB Hicom yang tidak dapat menyiapkan kerja kepada MMC-Gamuda.
Katanya lagi, Ketua Audit Negara juga telah mempersoalkan mengapa pihak kerajaan tidak menuntut Gantirugi yang Ditetapkan dan Ditentukan (LAD) dari DRB-Hicom akibat gagal memenuhi tanggungjawab dalam masa yang ditetapkan sehingga telah menyebabkan kelewatan projek Ipoh-Rawang lebih lima tahun dan sebaliknya telah membayar konsortium DRB-Hicom sebanyak RM425 sebagai pampasan atau penyelesaian bagi pembatalan kontrak.
Semalam, The Business Times telah melaporkan bahawa MMC-Gamuda perlu mengemukakan RM1.5 billion arahan perubahan kerja kepada kerajaan bagi lebihan kos untuk projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (EDTP).
Memetik daripada sumber yang tidak dinamakan, laporan tersebut mendakwa bahawa tujuh puluh peratus kerja-kerja sivil telah pun selesai manakala kerja-kerja sistem hanya tiga puluh peratus selesai.
Menurut sumber itu lagi, terdapat isu tanah dan beberapa perkara yang belum diselesaikan oleh MMC-Gamuda.
Kata Tony lagi, walaubagaimanapun, MMC-Gamuda telah menafikan laporan tersebut tetapi mengakui bahawa tuntutan bagi ‘perbelanjaan dan kerugian’ yang disebabkan oleh kerajaan akan dilakukan.
Beliau juga menyatakan, pengarah projek tersebut, Datuk Paul Ha, berkata bahawa tuntutan MMC-Gamuda akan bersandarkan kepada syarat yang terkandung di dalam kontrak, tetapi buat masa ini masih terlalu awal untuk menentukan jumlahnya dan ia tidak akan sampai RM1.5 billion sepertimana yang telah dinyatakan oleh The Business Times.
“Justeru, untuk mengelakkan skandal Ipoh-Rawang ini berlaku semula, Menteri Pengangkutan perlu menjelaskan perkara sebenar di sebalik tuntutan yang bercanggah ini bagi memastikan pihak kontraktor MMC-Gamuda tidak cuba untuk menyembunyikan perkara yang mungkin berlaku seperti tuntutan keterlaluan ‘perbelanjaan dan kerugian’ pihak kerajaan.” ujarnya.
Menurutnya lagi, Datuk Seri Kong Cho Ha perlu meneliti perkara ini dengan serius bagi mengelakkan berlakunya skandal yang melibatkan jumlah yang besar untuk kali kedua selepas perbelanjaan besar pembinaan lapangan terbang kos rendah KLIA2 yang nilai asalnya RM1.7 billion tetapi meningkat kepada RM3.9 billion.
“Janganlah jadi seorang menteri MCA yang ‘tidak tahu apa-apa’, yang tidak mengetahui mengenai projek di bawah seliannya sendiri,” ujar beliau lagi.
Tambah Pua lagi, untuk memastikan perkara tersebut diatasi dengan baik serta memperlihatkan ketelusan seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri dalam Program Transformasi Kerajaan, Menteri Pengangkutan perlu mengambil inisiatif dengan memohon Ketua Audit Negara menjalankan audit bagi projek tersebut.
“Mana-mana kelemahan yang dikenal pasti boleh diperbaiki dan sebarang cadangan boleh segera dilaksanakan.”
“Jangan sampai berlaku seperti kes EDTP Ipoh-Rwang atau skandal mega PKFZ yang berjumlah RM12.5 billion, itu sudah terlalu lewat untuk mengelakkan salah guna wang pembayar cukai.” Roketkini.com
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment