Masa dah suntuk untuk menjulang semula BN waima UMNO itu sendiri. Slogan 1MAlaysia telah memporakperanda negara dan Melayu terutamanya dan khsnya UMNO. UMNO dah tak relevan untuk memperjuangkan Melayau bila banyak tanah yang dianugerah Kerajaan BN untuk kemaslahatan orang-orang Melayu UMNO telah dijual kepada bukan Melayu sewenang-wenangnya. Pada teman bukan salah menjual pada bukan Melayu tetapi kamu(Pemimpin) UMNO juga yang beria-ia kata Tanah Melayu untuk Melayu.
UMNO sebagai kepala BN tidak mampu mempertahankan sebahagian Tanah Air Malaysia dengan tergadai Pulau Batu Putih tanpa bantahan dari orang Melayu UMNO dan seterusnya Tanah Keretapi Tanjung Pagar juga tergadai dengan galang-ganti yang tidak jelas keuntungannya.
Kini UMNO melalui DS Najib terus berlakun kununnya memperjuangkan nasib Melayu. Kes NFC lembu, kes PKFZ , Pembunuhan Attantuya, dan terkini PM didakwa minta 'rasuah' 1 bilio dollar dari peniaga Perancis dalam kes Scorpean, Astaghfirullah!
PM Najib perlu dinasihatkan letak jawatan sepertimana Allahyarham Tun Husseion Onn dinasihatkan serah jawatan pada Dr Mahathir. Berilah peluang Muhyiddin mengaturkan dan umumkan PRU13. Kamu dah teruk dah wahai DS Najib. Tolonglah .... rakyat dah jemu menantikan pengumumanmu terutama ahli UMNO sendiri tentang bila Pilihan Raya ke 13. DS Najib memang diketahui ramai amat serbasalah, nak umum salah (pasal banyak kes dan persediaan UMNO yg belum menyakinkan dengan Kerajaan Selangor PR tidak mahu bubar selahi Daftar SPR tidak bersih) dan jika tak umum juga rasa salah (pasal tempoh sampai Mac 2013 jer) dan sebaiknya serah terus pada Pakatan Rakyat(Anwar ) .
Sila baca akhbar Sinar hari ini 22/5/2012 ruangan surat pembaca di mukasurat 19 Cetusan tentan tulisan bertajuk Spekulasi Pilihan raya Sukarkan Rakyat?. Ditulis oleh Fathi Yusof Razak School, UTM International Campus, KL.
Beliau merujuk kepada sebuah stesen tv baru2 ini bila PM DS Najib ditemubual dgn soalan bila tarikh pilihan raya.
Tanpa respon kepada soalan ,beliau(PM) menyebut tentang keistimewaan seorang Perdana Menteri yang berhak tentukan tarikh pilihan raya dalam sebuah negara demokrasi berparlimen.
Bukan Kerajaan BN kita ubah tapi cara pembubarah Parlimen juga diubah.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment