Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 1, 2012

BERSIH 3.0 AMAT BERJAYA! BN WAJAR SERAH KUASA SEBELUM RAKYAT MENENGAH DUDUK MERATA

Kerajaan perlu diubah sebelum pilihanraya atau serah kuasa pada raja.

Perhimpunan ini menyaksikan pertambahan kesedaran rakyat yang sistem pemilihan dalam pilihanraya Malaysia di bawah pentadbiran BN wajar diubah dan tidak boleh mana pihak untuk melakukannya dengan sewenang-wenangnya.
Dalam perhimpunan lepas, daripada jumlah peserta yang melebihi 250,000 orang rakyat, kita dapat lihat dengan jelas penyertaan dari berbilang kaum dan yang lebih penting yang perlu kita fahami, ianya merupakan penyertaan daripada kumpulan kelas menengah yang begitu besar serta kesedaran golongan muda yang menakjubkan.

Biasanya kelas menengah ini akan mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pemerintah dan banyak negara bergantung kepada sokongan kelas menengah untuk mengekalkan kuasa. Seandainya kelas menengah mula melawan arus, maka tidak ada negara akan kekal dan tidak ada negara yang boleh mempertahankan sistem yang lazim mereka amalkan. Di dalam perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu, kita dengan jelas dapat melihat dan menyaksikan dengan nyata kumpulan kelas menengah begitu ramai tampil memberikan sokongan terhadap penganjur perhimpunan aman ini walaupun orang tidak sangkal dengan penyertaan ahli PAS.

Jangan terkejut jika kerajaan BN hari ini akan terpaksa menerima hakikat yang mereka terpaksa mengaku kalah dan mengalah kerana waktu untuk melakukan pembetulan terhadap siasah negara sudah sampai, dan ia tidak lagi dapat dihalang. Itulah sebabnya penganjur perhimpunan Bersih ini berhak untuk mengisytiharkan yang Bersih 3.0 ini amat berjaya dan telah mencapai kejayaan yang melebihi jangkaan awal. Ini adalah kerana penganjuran Bersih kali ini telah berjaya mengetuk pintu hati mereka-mereka dalam golongan kelas menengah ini.

BN/UMNO dan kita semua mesti akui di dalam sesebuah negara, kelas menengahlah yang akan merasakan kebahagian atau keperitan hasil daripada sesuatu dasar kerajaan dan perlaksanaannya. Negara yang stabil politiknya seperti di England, kelas menengahlah yang menjadi benteng kepada kestabilan keadaan politik negara itu. Golongan ini merupakan lebih daripada 80% rakyat negara itu. Golongan yang terkaya hanya melibatkan kurang dari 10% dan selebihnya daripada golongan yang miskin dan berpendapatan rendah.

Ini pun tujuan dan matlamat kewujudan DEB dahulu, iaitu untuk membina golongan kelas menengah yang besar bagi mencapai matlamat kestabilan negara yang menjadi laluan untuk pencapaian matlamat kita yang ‘ultimate’, iaitu perpaduan nasional. Pelaksanaan matlamat ini pada awalnya telah mencapai kejayaan tetapi DEB itu sendiri telah diabaikan sejak pertengahan 80-an, maka setelah hampir tiga dekad kita sedang merasakan hangat radang hasil dari terbantutnya pembinaan kelas menengah yang kuat dan jitu.

Tun Mahathir telah melahirkan kumpulan kecil yang mengaut untung dari projek mega zamannya.Rasuah dan salahguna kuasa berlarutan dan pimpinan kerajaan terlalu dipengaruhi oleh kumpulan kecil ‘warlords’ yang berpengaruh. Itulah sebabnya selalu dikatakan yang pemimpin-pemimpin besar kita sekarang telah mengalami ketagih kepada amalan rasuah yang besar-besar. Dasar untuk memberikan peluang yang ‘equitable’ kepada rakyat sudah lama diabaikan dan matlamat DEB untuk mencapai tahap 30% kekayaan untuk bumiputra itu dah jauh tersasar dan sesungguhnya sudah dilupai dan tidak akan dapat dicapai sehingga bila-bila kecuali diberi peluang dan ruang secara demokratik kepada Pakatan Rakyat.

'Pemberontakan' golongan menengah ini terhadap pemerintah sudah jelas setelah mereka bersabar menunggu pembetulan kepada dasar perlaksanaan kepada sistem ‘ultra-capitalist’ yang dibentuk serta diwujudkan oleh dasar-dasar yang songsang dan tidak bermunafaat kepada rakyat dan negara. Kerajaan hanya mendengar rintihan golongan ini dengan sambil lewa sahaja dan mereka (pemimpin) berpendapat bahawa mereka boleh memulihkan rintihan mereka dengan membeli perasaan mereka dengan BR1M sebanyak RM500 sahaja.

Di kalangan lebih dari 250,000 orang dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu, adalah mereka yang kebanyakan telah menerima BR1M RM500 itu. Mereka tahu mereka sedang dicuba oleh kerajaan BN untuk membeli sokongan dan perasaan mereka dengan wang ringgit. Itu pun kerajaan masih lagi belum sedar yang rakyat tidak lagi boleh dibeli dengan wang ringgit. Pengumuman Muhyiddin dan Najib bahawa kerajaan akan sekali lagi memberikan BR1M berjumlah seribu ringgit seorang tidak akan menambahbaikan keadaan dan jika dianjurkan sekali lagi perhimpunan Bersih 4.0 sudahtentu rakyat pun percaya lebih dari 500,000 rakyat akan keluar beramai-ramai untuk menyokong Bersih 4.0.

Jika SPR yang dipengerusikan dan bertimbalankan berahli UMNO masih tidak bertanggungjawab, tidak mustahil satu juta manusia akan berkumpul sekali lagi dalam perhimpunan Bersih 4.0 pula.
Akhirnya sebaiknya sebelum akhir tahun 2012 ini sewajarnya kerajaan sekarang menyerahkan sahaja kuasa sementara kepada Yang diPertuan Agong untuk membentuk kerajaan sementara bagi memulakan pentadbiran negara yang baru. Kita tidak dapat mengetahui apa yang akan berlaku jika rakyat dan kerajaan terus menerus bertembung seperti yang kita lihat pada hari Sabtu 28 April 2012 yang lalu.



SAKSIKAN SENDIRI BAGAIMANA PULUHAN POLIS MERATAH ORANG AWAM ATAU RAKYAT JELATA!


BN NAJIB PERLU INGAT, RAKYAT KELAS MENENGAH BUKAN SEDAR SAHAJA TAPI DAH BANGIT SECARA FIZIKAL MENYERTAI BERSIH 3.0 YANG LALU, ADAKAH KAMU NAK TUNGGU ?

No comments: