Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, May 1, 2012
BELASAH BORONG, MENTERI DALAM NEGERI MENEROPONG !
Baru-baru ini Sepasukan pemerhati asing kini berada di Malaysia untuk tujuan memantau sistem pilihan raya di negara ini. Antara panel pasukan pemantau “pra-pilihan raya” itu adalah Senator Nicholas Xenophon dari Selatan Australia, Naib Presiden Kanan Parti Nasional Pakistan, Senator Mir Hasil Khan Bizenjo, Presiden Persatuan Undang-Undang Filipina, Dean Amado Valdez, dan Projek Koordinator Yayasan Kebebasan Freidrich Naumann, Juliane Schmucker, termasuk Dr Clinton Fernandes dari Australia.
Malang nya bagi Senator Nick Xenophon, yang maseh lagi berada di Malaysia dalam misi pencarian fakta; telah terperangkap dalam demonstrasi terbesar di negara ini dalam beberapa dekad, Bersih 3.0. Sepertimana yang ditayang dalam klip video ini, Xenophon telah terkena gas pemedih mata dan hampir rebah.
Kartunis Cepoi atau nama sebenarnya Md Amin Osman, 42, diheret, dipukul dan dipijak di muka oleh polis meskipun bersurai selepas himpunan Bersih 3.0.
“Kejadian jam 7 malam di kedai mamak dekat Lebuh Ampang, polis yang beruniform menyerbu masuk dan menangkap siapa saja yang pakai baju kuning.
“Saya ditarik keluar ketika sedang makan. Kemudian ditiarapkan ke lantai, dipijak di badan dan di muka. Ada polis ambil kesempatan tendang dan tumbuk,” katanya kepada KeadilanDaily.
Beliau berkata, kamera Nikon E500 miliknya bernilai RM2,600 dirampas dan dipecahkan manakala kad memorinya dibuang.
Cepoi yang menyertai semua himpunan Bersih sejak 2007 tetapi mengakui polis kali ini lebih zalim, malah sehingga dibawa ke Pulapol jam 8.30 malam, beliau bersama 20 lagi tahanan tidak diberi rawatan.
“Muka saya bengkak. Tapi ada yang lebih teruk. Berdarah-darah. Ada juga warga tua. Tapi, ini tidak melunturkan semangat saya untuk terus berjuang,” katanya.
Saya dipukul hingga cedera tapi polis enggan benarkan doktor memberi rawatan, kata seorang mangsa keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 semalam, Mohamad Hanif Jamin.
Bercakap kepada Keadilan Daily, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu percaya ia kerana beliau memakai baju kuning walaupun tiada perkataan Bersih.
“Saya hanya berbaju Harimau Muda dan hadir kerana sokong tuntutan rakyat untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil.
“Malangnya, saya dipukul, dimaki dan diheret hingga tersungkur sebelum polis membelasah saya beramai-ramai di tangga menuju KTM Bank Negara,” katanya.
Beliau cedera di kening, bibir berdarah dan bengkak di muka, pinggang dan tulang belakang selain rusuk kiri terpaksa di x-ray.
“Seorang doktor keturunan India cuba menghulur bantuan kepada tetapi dihalau polis,” katanya yang berterima kasih kepada lelaki itu.
Beliau yang dapat melarikan diri, kemudian menaiki KTM dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan Hospital Serdang selain membuat laporan polis.
“Malangnya, polis enggan menerima laporan perubatan itu dan arahkan saya buat rawatan di hospital lain,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29694
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Dah jadi negara Yahudi....
Ingat lain kali jangan berundur....
Kalau berundur, polis2 ni rasa dia dah menang. Sebab tu dia orang melahap sorang2 tanpa berperi kemanusiaan.
Kalau kita berdepan itu hari, sure terkencing polis2 ni.
Ingat...
Jangan sekali2 berundur. Terus maju.
Dah banyak kali dah kita bersabar dan berlembut dgn polis2 anjing ni.
Jenis anjing ni kalau kita cabut lari dia akan kejar dan kalau dapat dia akan gigit kita. Itu kena faham...
So, next, kalau dia orang kurang ajar...ramai2 kita attack balik.
Apa-apa pun, inilah masa yang paling sesuai untuk Pilihan Raya Ke-13. Saya yakin ramai orang akan mengundi BN berikutan Himpunan Bersih 3.0 yang penuh kekacauan. Dato Seri Najib, sila bubarkan Parlimen dalam masa terdekat, pasti Pakatan akan kalah!
Penonton Setia TV1
Post a Comment