Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, May 25, 2012

ASTAGFIRULLAH APA PILIHAN BELIA TAWARAN BN?

Selanjutnya di sini http://www.mohamadazhan.com/2012/05/himpunan-jutaan-belia-2012-putrajaya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Mohamadazhancom+%28Mohamadazhan.Com%29
Sekadar ulasan seorang belia, pandangan tak semestinya tepat dan perlu diterima pembaca. Himpunan Jutaan Belia 2012 bakal berlangsung di Putrajaya menjadi satu sejarah kerana tersenarai 10 himpunan terbesar di dunia...aku melihat atur cara program sepanjang himpunan ini tak lebih kepada menjadikan Jadual HIBURAN yang padat sebagai Tarikan Utama kepada para belia untuk menghadirinya.

Hiburan, Juadah Pilihan

Aku tidak menafikan terdapat pelbagai gerai jualan, malah ratusan ke ribuan pameran yang bakal terlibat sama sebagai wadah pengetahuan kepada anak muda...imbangan ilmu/pengetahuan dan hiburan dalam Himpunan ini tidak lebih kepada meletakkan daging khinzir dan daging lembu di atas satu dulang...tetamu yang menjamunya hanya perlu memilih antara kedua pilihan...jika memilih yang "halal" sekalipun tetap kelihatan jijik kerana bercampur kedudukan dengan "sahabat" yang haram. Tetapi anda punya pilihan~
Mungkin agak keterlaluan perbandingan tapi itu kisahnya pada edisi tahun lepas...pergaulan bebas berlainan jantina usah dibilang, tidak kurang melalak hiburnya sama kuat dengan azan yang sedang berkumandang...solat...? (maklumat daripada sahabat2 yang menghadiri)...aku secara kebetulan ke Putrajaya atas urusan keluarga pada 23hb Mei baru ni melalui laluan Himpunan di Putrajaya...kali pertama, aku kelihatan terlalu "jakun" dengan suasananya. Sepanjang laluan tak kurang 3-4 pentas menyajikan hiburan, yang menarik...peminat boleh memilihnya...."daging mana lebih enak rasanya"?

Jumud! Menolak mentah2 hiburan...kuno, ketinggalan zaman...haha.itu nada sindiran pejuang "kemodenan". Hiburan adalah fitrah insan, mustahil manusia mampu hidup kosong dengan hiburan, bezanya adalah "tafsiran hiburan". Apabila keterlaluan, naif dengan mesej dan objektif sebenar himpunan...pentas2 ini menjadi parasit kepada kerosakan sebenar anak muda.

Kuliah Agama Ganti Konsert K-Pop!

No comments: